derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 16 February 2015

Mesyuarat Agung PIBG SKKM

15 Febuari 2015 - Dewan Wawasan Kg Medan.

Bunting Majlis
Kaunter Pendaftaran.Lengang.
Mesyuarat Agung PIBG SKKM kali ke 35 telah dijalankan di Dewan Wawasan, Kg Medan pada hari Ahad 15 Feb 2015 yang lepas. Kehadiran ibu bapa sangat tidak memberangsangkan walaupun pemilihan ketika hari cuti dilakukan. Walaupun sebelum ini kedengaran rungutan ibu bapa yang tidak dapat hadir pada waktu bekerja. Namun, setelah diberi pilihan waktu cuti, kehadiran tetap tidak memuaskan. Hanya 98 kehadiran ibu bapa sahaja yang dicatatkan daripada ratusan murid yang berdaftar di SKKM. Namun demikian, majlis berjalan dengan baik dan lancar, tanpa sebarang masalah. Cuma sedikit kelewatan yang telah menjadi kebiasaan dan amalan yang masih diteruskan. Tidak tahu dimana salah dan silapnya. Jarang majlis-majlis rasmi berjalan tepat pada masanya. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Tetap dan berpencen, Cikgu Khariati Bt Mohd Akhyar, disusuli dengan pembaca doa tetap dan berpencen, Us.Adzuan Hafiz B Ahmed. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Datuk Dr Mohamad Yunus Bin Hj Hairi, Ucapan Guru Besar SKKM, Tuan Haji Rosman Bin Painudi dan Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat sendiri. Puan Hajah Foziah Bt Hj Mohd Azahari.
Cabutan Bertuah sedang dibawa masuk
Masjis seterusnya adalah penyampaian hadiah dan penghargaan kepada calon-calon murid UPSR 2014 yang mendapat kejayaan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lepas. Seramai 7 orang calon daripada SKKM mendapat 5A.
Majlis berhenti rehat seketika, dan seterusnya disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG, antara agenda yang dibincangkan ialah perlantikan semula AJK baru dan juga lama bagi menerajui PIBG untuk sesi 2015 dan 2016 nanti.
Persiapan Barisan AJK PIBG baru

VVIP yang sedia menanti tetamu hadir
Ucapan YB Datuk Dr Mohamad Yunus
Ucapan Guru Besar SKKM Tuan Hj Rosman
Ucapan Puan Hajah Foziah, Pegawai PPD Daerah Kuala Langat
Antara guru yang dapat dibuktikan kehadiran mereka
Biarlah gambar yang berbicara
Tahniah Us Saadah..dan anaknya..5A UPSR 2014
Sesi medang-medang.Aku tengok je..
Mesyuarat PIBG bermula
Antara tetamu yang semakin pupus

Thursday, 12 February 2015

Sekitar Rentas Desa SKKM 2015

RENTAS DESA 4 FEBUARI 2015.pdf

Kem Bestari Solat Siri 1 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 7 FEBUARI 2015

Sunday, 18 January 2015

Sekitar Top A Star Kids SK Kg Medan

video



video

Top A Star Kids

Pada 16 dan 17 Januari 2015, bersamaan hari Jumaat dan Sabtu di Dewan Wawasan Kg Medan. Pihak sekolah telah mengadakan program khas kali pertama buat tahun 2015 ini, khusus untuk murid-murid Tahun 6 SK Kg Medan iaitu Top A Star Kids. Program Motivasi yang dipimpin oleh Penceramah dan Konsultan yang dijemput khas daripada Johor iaitu WOW Coaching - Words Of Wisdom, disampaikan oleh Pakar Motivasi yang selesa dipanggil sebagai Pak Anjang sahaja.
Program yang dijalankan selama 2 hari berturut-turut turut melibatkan ibu bapa pada hari kedua program dijalankan.
Keseluruhannya program berjalan dengan sangat lancar dan mendapat maklum balas yang cukup baik daripada murid dan ibu bapa. Tahniah!!