derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 29 December 2010

Hari Bayaran Tambahan ( YURAN SEKOLAH )




29 Disember 2011, Khamis, SKKM -
Hari ini telah diadakan hari bayaran tambahan ( yuran sekolah ) yang bermula pada jam 09:00 pagi hingga 12:30 tengahhari. Sebelum itu sedikit taklimat ringkas te;ah diberikan oleh Ustaz Nasruddin Bin Misbahun dibilik mesyuarat tentang beberapa dokumen dan perkara-perkara yang perlu dilakukan.
Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan, sehingga ada yang seawal jam 08:00 pagi telah setia menunggu. Tempat pembayaran yang terletak diblok A melibatkan penggunaan beberapa kelas ditingkat atas dan bawah.
Kelihatan juga beberapa ibu bapa dan penjaga yang kelihatan berlegar mencari tempat pembayaran.
Pembayaran bayaran tambahan melibatkan pembayaran bagi PIBG dan juga bayaran bagi sekolah.
Tiada sebarang masalah dan kerumitan besar yang dihadapi walaupun terdengar sungutan beberapa ibu bapa yang mengeluh kerana terpaksa melakukan pembayaran yang banyak, lebih-lebih lagi melibatkan beberapa orang anak yang bersekolah.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini