derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 1 January 2011

"Menggigil Tangan Saya Cikgu.."




"Menggigil tangan saya cikgu.." luah seorang ibu kepada saya.
Setelah mengetahui saya guru disekolah tersebut. Itupun selepas anaknya memanggil saya ustazah.

"kenapa puan.." tanya saya, walaupun jawapannya telah saya ketahui.

" ni nak bayar untuk anak-anak ni..yang kecik ni tahun ni nak masuk tadika..campur abang kakaknya, lima orang semuanya..tak mampu saya nak membayarnya..Ini pun saya belikan buku tulis dulu..Yurannya nantilah..bila dah ada duit sikit nanti" jawabnya sayu dengan rasa malu.read more..

"Takpe puan..bayar la mana yang ada dulu, insyaallah ada rezekinya nanti" jawab saya memberi harapan.

Harapan yang tak pasti.

Saya tak mampu berbuat apa. Cuma mendoakan kepadanya agar ada rezeki baginya untuk membayar bayaran tambahan atau yuran sekolah dan PIBG tersebut.

Bila mengenangkan nasib si ibu tadi, timbul pertanyaan, salah siapa? salah sekolah? salah kerajaan? salah Lembaga Zakat? salah masyarakat atau salah keluarga si ibu itu sendiri?

Sukar untuk menjawabnya. Kerana setiap pihak ada peranan dan tanggung jawabnya masing-masing.

Bukankah Islam itu bersaudara. Cubit peha kiri, satu badan turut merasa.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini