derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 28 December 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama Menjelang 2011




SKKM,28 Disember 2011 - Mesyuarat Guru buat kali pertama bagi sesi akan datang 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat bangunan baru pada jam 09:00 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En.Syaffei Bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, dengan kehadiran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rozita Abd Razak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zaleha Abd Khalil dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Ramjis Bin Muni.

Antara agenda mesyuarat pada pagi tersebut adalah membincangkan dan membentangkan berbagai perancangan dan perlantikan guru dalam pelbagai jawatankuasa bagi melancarkan sesi persekolahan yang akan bermula pada 3 Januari 2011.

Antara tindakan awal yang akan dilakukan dalam minggu terdekat ialah Hari Bayaran Tambahan ( Yuran Sekolah ) pada 29 Disember 2011 bermula jam 09:00 pagi hingga 12:00 tengahhari.

Pada 30 Disember 2011 akan diadakan majlis Orientasi bagi kemasukan Tahun 1 2011

Mesyuarat berakhir pada jam 12:00 tengahhari.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini