derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Friday, 31 December 2010

Orientasi Murid Tahun 1




30 Disember 2011, Khamis, SKKM

Penuh bersemangat! Itu yang dapat dikatakan. Seawal jam 08:00 pagi telah kelihatan ramai para ibu bapa hadir membawa anak masing-masing bagi sesi pendaftaran dan orientasi murid tahun 1. Walaupun kaunter pendaftaran dan majlis akan bermula pada jam 09:00 pagi. Ini membuatkan para guru dan jawatankuasa yang ditugaskan agak kelam kabut pada awalnya bagi menyediakan persiapan yang sewajarnya.

Majlis orientasi bermula pada jam 09:00 pagi dan murid-murid diasingkan daripada ibu bapa di kantin, sementara para ibu bapa mendengar taklimat dan ucapan ringkas daripada Guru Besar, En.Shaffei Bin Mohamad, Puan Rozita selaku GPK Pentadbiran, Puan Zaleha, GPK HEM dan Ustazah Norsidah selaku Ketua Panitia j-QAF.

Ketika sesi taklimat dilakukan, murid-murid dibawa masuk untuk mengenal kedudukan kelas mereka nanti, disamping sesi suaikenal bersama guru masing-masing dan bersama rakan-rakan baru mereka.

Yang menarik, tidak kelihatan kali ini murid-murid yang menangis, atau menjerit ingin bersama dengan ibu bapa mereka. Semuanya kelihatan tenang, bersahaja dan seakan telah cukup bersedia untuk bersekolah.Mungkin ini kesan semasa sesi pra persekolahan yang telah dilalui sebelum ini.

Lebih daripada 120 murid ( anggaran awal ) yang dilaporkan mendaftar. Dan jumlah ini dijangkan mungkin akan meningkat pada hari sesi persekolahan bermula pada 3 Januari 2011 ini.

Terdapat sedikit rungutan ibu bapa yang menyatakan ruang untuk sesi bersoal jawab dan bagi mendapatkan maklumat lanjut agak ringkas dan terbatas disamping kelengkapan yang kurang lengkap.

Walaubagaimanapun, para ibu bapa menaruh harapan yang penuh kepada pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Insya'allah..

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini