derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 26 January 2011

Senamrobik PMD




26 Januari 2011, Dataran SKKM -

Kebiasaan pagi yang tenang dan damai di SKKM telah diriuhkan dan dimeriahkan dengan himpunan beramai-ramai murid tahap 2 daripada Tahun 4,5 dan 6 dengan melakukan senamrobik. Senaman yang diketuai oleh Cikgu Khariati dan Cikgu Fabilah bersama beberapa penari iringan telah dimeriahkan lagi dengan deretan lagu kegemaran dan menjadi "siulan" anak-anak kecil masa kini seperti "kawe memang minat kat ore tino" "apalalela ni" dan beberapa lagi lagu lain yang tak sempat didengari. Antara tujuan senamrobik ini diadakan adalah bertujuan mewujudkan masyarakat pelajar yang bertenaga, ceria, bersemangat, sihat, riang dan seterusnya cemerlang didalam pelajaran. Sebab otak yang sihat datang daripada tubuh yang juga sihat, malah kuat.

Tuesday, 25 January 2011

Guru SKKM terkini..



Ini ialah antara gambar semua guru-guru SKKM yang diambil pada tahun 2010. Dan harap maaf, ada antara guru tersebut telah bertukar dan berpindah ke sekolah lain. Dan pohon maaf juga jika tiada gambar anda. Nak buat macammana, rasa dah panggil semua. Takpa, tahun 2011 ini kita akan ambil gambar semua sekali lagi. Tunggu lampu hijau dari GB je..

Program Maju Diri SKKM 2011



25 Januari 2011, SKKM -
Bermula 25 Januari 2011, Program Maju Diri melibatkan tahap 2, iaitu Tahun 4, 5 dan 6 telah dijalankan. Program bermula seawal jam 7.35 pagi sehingga 12.25 tengahhari melbatkan pelbagai modul. Antara modulnya ialah siapa saya? mind mapping..mencari harta karun..slot motivasi..perhimpunan.. dan pelbagai lagi. Ternyata aktiviti yang diberikan sangat membantu murid dalam menampilkan ketrampilan diri, rasa tanggung jawab, usahasama, toleransi, setiakawan dan yang paling penting, menyeronokkan murid-murid. Belajar sambil bermain, dan bukannya bermain sambil belajar.

Sunday, 23 January 2011

Gotong Royong 5 Kreatif

22 Januari 2011, 5 Kreatif -
Tepat jam 8:00 pagi, sebagaimana yang dijanjikan oleh guru kelas, Us.Adzuan Hafiz, satu program gotong royong telah diadakan untuk membersihkan kelas 5 Kreatif telah dilakukan. Penglibatan murid, sangat menyedihkan, walaupun pada awalnya ramai telah berjanji sehidup semati untuk bersama-sama berganding bahu bagi membersihkan kelas. Daripada jumlah murid seramai 25 orang, hanya 6 orang sahaja yang hadir iaitu Hadif, Ahmar, Izzat, Soleha dan Kharani.

Gotong royong dilakukan dengan membasuh kelas, gotong royong siri 2 akan dilakukan pada masa akan datang untuk menceriakan lagi kelas 5 Kreatif.

Gotong royong disudahi dengan jamuan makan maggi yang dimasak bersama-sama. Slurppp..!!

Pesanan..kalau ada ibu bapa atau penjaga atau sesiapa yang berminat untuk melakukan amal jariah. Pihak kelas 5 Kreatif sangat-sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk barang atau wang tunai..Untuk kemaslahatan anak murid kita..

Program Maju Diri

21 Januari 2011,Bilik Mesyuarat SKKM -
Satu mesyuarat anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah diadakan pada jam 11:00 pagi bagi membincangkan tentang Program Maju Diri ( PMD ) yang akan bermula pada 25 - 27 Januari 2011 melibatkan murid tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.

Pembahagian tugasan dan modul khas telah dimaklumkan kepada guru bertugas. Lebih daripada 10 orang guru telah terlibat sebagai Fasilitator bagi menjayakan Program Maju Diri ini. Antara tujuan dan objektif Program Maju Diri ini dilakukan adalah untuk menyuntik semangat dan keyakinan di dalam diri murid.

Berita seterusnya akan menyusul nanti..

Friday, 21 January 2011

Patah Tangan..



Latihan larian rentas desa baru bermula, tapi satu tragedi yang tak diminta dan tak dijangka telah berlaku..

Patah tangan..

Itu yang berlaku baru-baru ini ketika sesi latihan untuk rentas desa yang akan dilakukan pada hujung Januari 2011 ini.

Kemalangan yang tak disangka atau diminta ini boleh dielakkan jika semua murid memberikan perhatian, tumpuan dan mendengar nasihat yang diberikan oleh guru. Antaranya jangan berebut-rebut ketika berlari, bertolak-tolak sesama sendiri,mengamalkan sifat sabar dan tenang serta sentiasa bersedia..

Tapi itulah..malang tidak berbau..kita hanya merancang..tapi Allah yang menentukan.

Semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada murid yang lain, dan menuntut komitmen yang lebih banyak lagi daripada pihak guru untuk mengingatkan dan mengawasi murid..

Apa-apa pun takziah kepada adik yang namanya pun tak sempat nak ditanya..

Semoga cepat sembuh.. AMIN..

Pss..ada yang kata.." tu la ustaz..kenapa tak baca doa tadi "

Thursday, 20 January 2011

Latihan Rentas Desa SKKM 2011



19 Januari 2011, Padang SKKM -

Aktivti Kokurikulum pada minggu ke 3, merupakan aktiviti kokurikulum yang pertama diadakan bagi Bulan Januari 2011. Jadual awal melibatkan aktiviti Unit Beruniform. Walaubagaimanapun telah dimulakan dengan latihan rentas desa berdasarkan keperluan.

Latihan Rentas Desa yang dijadualkan sebelum ini, telah dimulakan pada jam 04:00 petang dengan sesi perhimpunan, semakan kehadiran murid dan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum En. Ramji Bin Muni, peserta dilepas tepat jam 05:00 petang.

Kehadiran murid Tahap 2 terdiri daripada murid Tahun 4,5 dan 6.Kehadiran murid memuaskan, dan kelihatan sangat bersemangat dan penuh keterujaan bagi menjalani latihan rentas desa yang akan dilakukan

Trek permulaan bermula di padang sekolah skkm, keluar melalui pintu pagar belakang SKKM, melalui kawasan Taman Perumahan Perwira, susur tanah merah dan berbatu, susur Sekolah Agama Rendah Kg.Medan, melalui Dewan Wawasan, susur keluar masuk berhampiran lampu isyarat lalu lintas dan kembali melalui pintu pagar belakang SKKM semula, jarak dianggarkan sekitar 3 KM ( anggaran kasar ).

Latihan tamat tepat jam 06:00 petang, dengan majoriti murid kelihatan kepenatan dan menjerit air..air.. Namun seusai tamat sesi latihan, masih ada murid yang terus bersemangat meneruskan sesi latihan Bola Tampar pula bersama Cikgu Rasidi.

Berita seterusnya akan menyusul nanti..

Wednesday, 19 January 2011

Bilik Tayang..!!Hoorey..



" Baik murid-murid, habis mengaji ni kita naik ke bilik tayang " pesan saya.
" Yeeee..."
" Hooreyy.." jawab mereka spontan. Sedangkan tadi moyok macam ayam tertelan kapur. Bosan dan kelat aje muka masing-masing bila disuruh mengaji.

Pengaruh TV, Radio, Muzik, Komputer, Game dan apa sahaja berbentuk interaktif sangat menarik minat kanak-kanak. Bahkan bukan kanak-kanak, orang dewasa pun akan terpegun apabila melihat tayangan dalam bentuk 3D yang terkini.

Cuma, kemudahan yang ada sekarang masih perlu diperbaiki dan ditambah baik untuk kemudahan, keselesaan dan keseronokkan murid dalam bealajar.

Jadi sehubungan itu, kepada para ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pahala, dijenmput kepada sesiapa yang sudi untuk menyumbang bagi melengkapkan lagi kemudahan di Bilik Tayang SKKM ini.

Antara keperluan mendesak yang diperlukan sekarang ialah langsir gelap. Menonton dalam sinaran terik mentari menjadikan apa yang dipaparkan hilang seri dan rasa keterujaannya.

Moga ada penyumbang yang ikhlas harapnya..Amin

Persiapan Rentas Desa



18 Januari 2011, Padang SKKM -
Kehangatan untuk merentas desa pada akhir bulan ( 29 Januari ) ini telah mula dirasai, para murid asyik sibuk bertanya bila hendak merentas desa, para guru pula mula sibuk melakukan tugasan yang telah ditetapkan, antaranya menyediakan trek bagi pelepasan dan penamat nanti.

Jadi sebelum kerja dibuat, apa kata "posing" dulu.

Monday, 17 January 2011

Sijil Penghargaan..Tahniah..!!



17 Januari 2011, Isnin, Dataran SKKM -
Satu majlis penyerahan sijil penghargaan secara ringkas telah dilakukan bersempena dengan perhimpunan mingguan, telah diadakan, sijil penghargaan telah diberikan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat diatas beberapa pencapaian dan peningkatan sempena peperiksaan UPSR 2010 sebelum ini.

Antara sijil penghargaan yang diterima adalah Sijil Penghargaan bagi Peningkatan Kelulusan Melebihi 5% bagi matapelajaran Bahasa Inggeris yang diterima oleh Cikgu Anuradha dan Cikgu Azleani selaku guru yang mengajar Bahasa Inggeris.

Disamping itu Sijil Penghargaan kepada pihak sekolah kerana berjaya memperolehi pencapaian 92.1% bagi saringan Linus Literasi Kohot 1 Tahun 1 2010 dan pencapaian 95.3% bagi saringan Linus Numerasi Kohot 1 Tahun 1 2010.

Majlis penyampaian sijil penghargaan telah dilakukan oleh Guru Besar SKKM En.Shaffei Bin Mohamad.

Tahniah diucapkan..!!

Sunday, 16 January 2011

Gotong Royong




15 Januari 2011, SKKM - 8:00 - 12:30 tengahari. Satu gotong royong secara sederhana telah dibuat dengan bantuan guru-guru daripada SKKM sendiri. Tidak terkecuali Guru Besar En.Syaffei dan Penolong Kanan Koko En. Ramjis, yang begitu bersemangat dan hadir seawal jam 8:00 pagi walaupun datang jauh daripada Batu Laut, Morib.


Gotong royong melibatkan pembinaan laluan basikal bersimen dan mengecat kembali tempat letak basikal murid agar lebih menarik dan ceria. Tugasan dilakukan dengan penuh semangat dan ceria. Walaupun cat merah dan kuning memenuhi dahi dan tangan.

Tugasan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas di Restoren Rojak Corner. Segala perbelanjaan makan dan minum telah ditanggung oleh Cikgu Ramjis.

Friday, 14 January 2011

Mesyuarat Kelab, Persatuan Dan Unit Beruniform





Bermula 11,12 dan 13 Januari 2011, mesyuarat agong bagi semua kelab, persatuan dan unit beruniform telah dijalankan yang bermula pada 11 Januari 2011 bagi mesyuarat agong Kelab, 12 Januari 2011, Persatuan dan 13 Januari bagi Unit Beruniform. Mesyuarat bermula seawal jam 11:55 pagi, 12:25 tengahari dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 12:55 atau 1:25 petang.

Tujuan mesyuarat Agong diadakan adalah bagi memilih ahli jawatankuasa yang baru bagi setiap kelab, persatuan dan unit beruniform yang melibatkan keseluruhan murid tahap 2 iaitu daripada darjah 4,5 dan 6. Tujuan lain adalah sebagai pemberitahuan dan makluman kepada murid dalam mengenal pasti kelab, persatuan atau unit beruniform masing-masing, mengenal guru penasihat dan seterusnya merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011.

Monday, 3 January 2011




03 Januari 2011, Isnin, Dataran SKKM

Hari ini bermula sesi persekolahan 2011 bagi semua murid daripada tahun 1 sehingga ke tahun 6. Seawal jam 07:00 pagi kelihatan para ibu bapa dan murid telah sampai ke sekolah. Persekolahan bermula dengan diadakan perhimpunan rasmi setiap pagi Isnin. Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir disamping anak-anak mereka terutamanya bagi murid tahun 1, ini menandakan keprihatinan para ibu bapa dengan anak-anak mereka.

Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Adzuan Hafiz Bin Ahmed, ucapan guru bertugas, Puan Khariati Binti Akhyar dan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Medan yang meminta agar semua murid bersemangat untuk terus belajar dan tidak lupa menjaga keselamatan diri masing-masing.

Saturday, 1 January 2011

"Menggigil Tangan Saya Cikgu.."




"Menggigil tangan saya cikgu.." luah seorang ibu kepada saya.
Setelah mengetahui saya guru disekolah tersebut. Itupun selepas anaknya memanggil saya ustazah.

"kenapa puan.." tanya saya, walaupun jawapannya telah saya ketahui.

" ni nak bayar untuk anak-anak ni..yang kecik ni tahun ni nak masuk tadika..campur abang kakaknya, lima orang semuanya..tak mampu saya nak membayarnya..Ini pun saya belikan buku tulis dulu..Yurannya nantilah..bila dah ada duit sikit nanti" jawabnya sayu dengan rasa malu.read more..

"Takpe puan..bayar la mana yang ada dulu, insyaallah ada rezekinya nanti" jawab saya memberi harapan.

Harapan yang tak pasti.

Saya tak mampu berbuat apa. Cuma mendoakan kepadanya agar ada rezeki baginya untuk membayar bayaran tambahan atau yuran sekolah dan PIBG tersebut.

Bila mengenangkan nasib si ibu tadi, timbul pertanyaan, salah siapa? salah sekolah? salah kerajaan? salah Lembaga Zakat? salah masyarakat atau salah keluarga si ibu itu sendiri?

Sukar untuk menjawabnya. Kerana setiap pihak ada peranan dan tanggung jawabnya masing-masing.

Bukankah Islam itu bersaudara. Cubit peha kiri, satu badan turut merasa.