derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 20 January 2011

Latihan Rentas Desa SKKM 2011



19 Januari 2011, Padang SKKM -

Aktivti Kokurikulum pada minggu ke 3, merupakan aktiviti kokurikulum yang pertama diadakan bagi Bulan Januari 2011. Jadual awal melibatkan aktiviti Unit Beruniform. Walaubagaimanapun telah dimulakan dengan latihan rentas desa berdasarkan keperluan.

Latihan Rentas Desa yang dijadualkan sebelum ini, telah dimulakan pada jam 04:00 petang dengan sesi perhimpunan, semakan kehadiran murid dan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum En. Ramji Bin Muni, peserta dilepas tepat jam 05:00 petang.

Kehadiran murid Tahap 2 terdiri daripada murid Tahun 4,5 dan 6.Kehadiran murid memuaskan, dan kelihatan sangat bersemangat dan penuh keterujaan bagi menjalani latihan rentas desa yang akan dilakukan

Trek permulaan bermula di padang sekolah skkm, keluar melalui pintu pagar belakang SKKM, melalui kawasan Taman Perumahan Perwira, susur tanah merah dan berbatu, susur Sekolah Agama Rendah Kg.Medan, melalui Dewan Wawasan, susur keluar masuk berhampiran lampu isyarat lalu lintas dan kembali melalui pintu pagar belakang SKKM semula, jarak dianggarkan sekitar 3 KM ( anggaran kasar ).

Latihan tamat tepat jam 06:00 petang, dengan majoriti murid kelihatan kepenatan dan menjerit air..air.. Namun seusai tamat sesi latihan, masih ada murid yang terus bersemangat meneruskan sesi latihan Bola Tampar pula bersama Cikgu Rasidi.

Berita seterusnya akan menyusul nanti..

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini