derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 28 February 2011

Majlis Rasmi Pelancaran NILAM




28 Febuari 2011, 7.35 pagi, Dataran SKKM,

Satu majlis secara ringkas telah diadakan bagi merasmikan Majlis Pelancaran NILAM, iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca peringkat sekolah. Perasmian telah dilakukan oleh wakil daripada PPD Kuala Langat, iaitu Cik Norazlina Ros.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua PIBG, YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah bacaan NILAM tertinggi bagi tahap 1 dan 2. Pertandingan mencipta dialog, melukis dan mewarna, ada bakat ke..? dan mengarang sinopsis buku cerita.

Majlis perasmian turut dihiburkan dengan persembahan cerita bahasa Inggeris yang disampaikan oleh adik Humaira Mohd Sabri daripada 1 Bistari. Halus dan gemersik suaranya.

Jadi..Selamat Membaca.

Tuesday, 22 February 2011

Maulidur Rasul 1432 Hijrah..


15 Febuari 2011, Dewan Wawasan

Pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur Rasul secara sederhana. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jeffri, Nazir Masjid Johan Setia, pertandingan mewarna bagi tahap 1, dan pertandingan nasyid dan pelbagai rentak selawat bagi Tahap 2. Penyertaan dari setiap kelas sangat menggalakkan walaupun dibuat pada saat akhir. Terbayang kepuasan dan kelegaan yang amat sangat apabila selesai menyampaikan selawat.

Anak Ku Cemerlang Anak Mu Cemerlang Jua..


18 Febuari 2011, Dewan Wawasan
Program Anak Ku Cemerlang telah diadakan di Dewan Wawasan bermula tepat jam 9.00 malam. Antara pengisian yang dilakukan ialah Ceramah Motivasi, Serahan Surat daripada seorang anak kepada orang tuanya, pemaikaian vest bagi galakan pelajar cemerlang UPSR 2011. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Antara matlamat proagram ini adalah menyuntik semangat motivasi murid, guru dan ibu bapa dalam turut sama-sama menggembeleng usaha dan tenaga demi kejayaan ana-anak murid ini bersama. Majlis tamat tepat jam 12.00 tengah malam.

Friday, 4 February 2011

Gong Xi Fa Chai



Pihak dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Medan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warganegara Malaysia berbangsa Cina diseluruh Malaysia, dan juga di Sekolah ini, khususnya buat Puan Helena Ang dan keluarga, serta Puan Norashikin Chong.

Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal….”
(Al-Hujurat: 13)


Jadi..fikir-fikirkan dan selamat beramal..
Selamat Tahun Baru Cina. Bila nak buat rumah terbuka maa..!!