derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 23 May 2011

Imtihan Datang Lagi..


23 Mei 2011 - SKKM

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2011


Tahap 1 - Untuk Tahun 1, 2 dan 3 23 Mei 2011
Pendidikan Islam / Jawi dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

24 Mei 2011
Bahasa Melayu ( Pemahaman )/ Bahasa Melayu Penulisan / Matematik 2 / Pendidikan Muzik

25 mei 2011
Matemat 1 / Bahasa Arab / Pendidikan Seni Visual

26 Mei 2011
Sains / Engliash 1 / English 2

Tahap 2 - Untuk Tahun 4, 5 dan 6
23 Mei 2011
Pendidikan Islam / Kajian Tempatan / Pendidikan Jasmani & Kesihatan

24 Mei 2011
Bahasa Melayu ( Pemahaman ) / Bahasa Melayu ( Penulisan ) / Matematik 2

25 Mei 2011
Matematik 1 / Bahasa Arab / Pendidikan Seni Visual

26 Mei 2011
Sains / English 1 / English 2

27 Mei 2011
Kemahiran Hidup / Pendidikan Muzik / Jawi

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN TENANG
SEMOGA KEJAYAAN DALAM TANGAN ANDA SEMUA..AMINNN..!!

Wednesday, 18 May 2011

Selamat Hari Guru 2011


16 Mei 2011, Isnin, Dewan Wawasan, Kg Medan

Bermula jam 7.30 pagi semua murid telah dikumpulkan di padang sekolah bagi menyaksikan sukaneka yang melibatkan guru-guru SKKM, acara seterusnya melibatkan ucapan dan persembahan guru dan murid di Dewan Wawasan Kg Medan.
Antara persembahan murid ialah Corel Speaking melibatkan murid tahap 2 iaitu daripada tahun 5 Bestari, nyanyian lagu untuk Guru, daripada murid tahap 1, Tahun 3. Persembahan yang dinantikan ialah persembahan guru-guru perempuan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Wonder Mum berjaya memberikan persembahan yang menghiburkan guru dan juga murid dengan telatah yang mencuit hati.
Majlis tamat seawal jam 12:15 tengahhari.

Selamat Hari Guru kepada Guru SKKM dan seluruh guru di Malaysia dan di dunia.

Seminar STAR A ( UPSR )

18 Mei 2011, Rabu, Dewan Wawasan, Kg.Medan

Satu seminar ST'A'R UPSR Fasa II Dun Sijangkang telah diadakan di Dewan Wawasan Kg.Medan melibatkan 8 buah sekolah sekitar Daerah Sijangkang iaitu SK Kg Medan, SK Kebun Baru, SK Sijangkang Jaya, SK Sg BumBum, SK Sg Judah, SK Jalan Tanjung, SK Telok Panglima Garang, dan SK Sijangkang melibatkan peyertaan hampir 200 orang murid terpilih daripada pelbagai sekolah seluruh daerah Kuala Langat.

Seminar anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat ini telah diadakan sebagai satu persediaan mental dan fizikal kepada bakal-bakal calon SK terpilih yang menjadi harapan untuk mendapatkan keputusan 5 A penuh ( straight A ).

Program bermula jam 8:30 pagi sehingga 4:30 petang. Diharapkan semoga program yang dijalankan mampu memberi impak dan keputusan yang diharapkan. InsyaAllah.