derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 26 June 2011

Sukan Tahunan SKKM 2011




Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, 25 Jun 2o11
Bermula seawal jam 07:00 pagi padang sekolah telah mula dipenuhi dan didatangi oleh para murid bersama ibu bapa, guru-guru, para peniaga dan juga tetatmu jemputan.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Hijau, Merah, Biru dan Kuning.


Seterusnya ucapan oleh Guru Besar SKKM En.Shaffei Bin Mohamad, Datuk Nordin dan Bacaan Doa oleh Ustaz Sahal. Seterusnya bacaan Ikrar oleh adik Ramzan dari Tahun 6 Jaya.

Majlis diteruskan dengan persembahan Seni Silat daripada murid jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jenjarom.

Aktiviti sukan bermula dengan sukaneka melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2. Acara Balapan menyusul selepas itu.

Majlis tamat pada jam 1:00 petang dengan keputusan Rumah Kuning menjadi Rumah Sukan Terbaik secara keseluruhan. Tahniah diucapkan.

Friday, 17 June 2011

LADAP




17 Jun 2011, 2:45 petang - Bilik Mesyuarat SKKM

Satu kursus singkat ( LADAP ) Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKKM dengan kehadiran hampir keseluruhan guru di SKKM. Penceramah jemputan adalan En Wan Anor Bin Wan ...daripada Universiti Malaysia Sabah. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah Kerja Berpasukan Penjana Sekolah Berprestasi Tinggi.

Semoga semangat kerja berpasukan akan lebih menyerlah kepada guru-guru di SKKM kelak. Insyaallah.

Monday, 13 June 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah Semua Warga SKKM!

13 Jun 2011, SKKM - Setelah bercuti selama 2 minggu bermula 3 hingga 12 Jun, kini sesi persekolah telah bermula semula. Diharapkan kepada semua warga SKKM, daripada Tukang Kebun, Jaga, Makcik Kantin, Para Pendidik dan terutamanya anak-anak murid warga SKKM terus bersemangat untuk mencari ilmu dan rezeki yang halal di muka bumi ALLH ini.

Untuk pengetahuan pembaca diluar sana, bulan Jun ini adalah bulan yang akan padat dan dipenuhi dengan aktiviti memasukkan markah peperiksaan pertangahan tahun, memberikan markah dan kertas jawapan kepada murid, semakan dan pembetulan, latihan sukan yang akan bermula seawal esok hari pada 14 Jun 2011 dan juga aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.

Semoga terus bersemangat..Chaiyok..Chaiyok..!!