derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 26 June 2011

Sukan Tahunan SKKM 2011




Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Medan, 25 Jun 2o11
Bermula seawal jam 07:00 pagi padang sekolah telah mula dipenuhi dan didatangi oleh para murid bersama ibu bapa, guru-guru, para peniaga dan juga tetatmu jemputan.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Hijau, Merah, Biru dan Kuning.


Seterusnya ucapan oleh Guru Besar SKKM En.Shaffei Bin Mohamad, Datuk Nordin dan Bacaan Doa oleh Ustaz Sahal. Seterusnya bacaan Ikrar oleh adik Ramzan dari Tahun 6 Jaya.

Majlis diteruskan dengan persembahan Seni Silat daripada murid jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jenjarom.

Aktiviti sukan bermula dengan sukaneka melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2. Acara Balapan menyusul selepas itu.

Majlis tamat pada jam 1:00 petang dengan keputusan Rumah Kuning menjadi Rumah Sukan Terbaik secara keseluruhan. Tahniah diucapkan.

3 comments:

  1. Tahniah Rumah Kuning ! Tahun depan Juara lagi. Terima kasih kepada semua guru-guru rumah kuning yang telah memberikan kerjasama.
    KUNING HEBAT
    KUNING MENYENGAT !

    ReplyDelete
  2. Hai cikgu2 yg mewakili rumah yg tak jadi juara tak ucap kata2 semangat ke pada murid2 ?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..rindu nyer kat skkm..nnti klau ade sukan tahunan,inform laa kat saya..sye nk dtg..

    ReplyDelete

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini