derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 30 July 2011

Unicamp 2011

29-30 Julai 2011-Jumaat - Sabtu-Padang SKKM

Bermula jam 3:00 petang, sesi pendaftaran dan taklimat bagi Perkhemahan atau Unicamp telah diadakan di Balai SKKM. Taklimat, panduan dan pelbagai nasihat telah disampaikan oleh Ketua Kem atau Kem Komandan iaitu Cikgu Rosdi dan dibantu oleh Cikgu Rasidi. Para peserta kem melibat murid daripada tahun 4, 5 dan 6 seramai 100 orang.
Selepas menunaikan Solat Asar peserta kem memasang khemah dengan panduan dan bantuan daripada para guru yang telah dilantik mengikut kumpulan tertentu.

Selesai memasang khemah, peserta bersiap untuk makan, Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Solat Isyak
Acara seterusnya bermula pada jam 9:00 malam iaitu Pecah Bendungan yang disampaikan oleh Cikgu Khariati, Ustazah Fabilah dan dengan bantuan para guru praktikal. Agenda menarik seterusnya adalah Malam Kebudayaan. Para murid dengan bantuan guru telah mempersembahkan pelbagai persembahan menarik dan mencuit hati antaranya Pentomen Kemerdekaan, Senamrobik, Dikir Barat, Tarian Melayu, Cina dan India.

Acara selesai sekitar jam 12:00 malam, namun sekitar jam 02:00 pagi, serangan angin kencang dan hujan secara tiba-tiba, menyebabkan para peserta daripada murid perempuan terpaksa dipindahkan ke kelas Tahun 6, manakala murid lelaki masih kekal di dalam khemah. Jika hujan masih berlanjutan para peserta akan dipindahkan semua ke dalam kelas.

Thursday, 28 July 2011

Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Perdana SKKM


27 Julai 2011-Surau Al Falah, SKKM

Satu majlis ringkas Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana telah diadakan di Surau Al Falah, SKKM bermula tepat jam 1:00 petang. Majlis dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Us Sahal Bin Alias. Majlis diteruskan selepeas itu dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Us Nasruddin dan Doa Tahlil oleh Us Azwan Hafiz. Penyertaan yang diberikan sangat menggalakkan, terutamanya daripada para guru peremuan, dan juga senarai nama Arwah yang menjangkau seramai 108 orang. Majlis berakhir sekitar jam 2:15 petang.

Tujuaan majlis diadakan juga adalah sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Semoga majlis dan amal ibadah ini dapat dilakukan selalu bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara warga SKKM. Insyaallah

Minggu Peperiksaan Percubaan UPSR


26 - 28 Julai 2011, Peperiksaan Percubaan UPSR bagi murid Tahun 6 SKKM telah dan sedang diadakan. Jadual peperiksaan seperti berikut:

26 Julai 2011 - Selasa - Bahasa Melayu Pemahaman & Bahasa Melayu Penulisan /
Matematik Kertas 2
27 Julai 2011 - Rabu - Matematik Kertas 1
28 Julai 2011 - Khamis - Sains / Bahasa Inggeris 1 / Bahasa Inggeris 2

Dipohon kepada semua murid agar mengulangkaji pelajaran dan kepada semua para ibu bapa agar dapat memberi perhatian, galakan, dorongan dan doa kepada anak-anak mereka agar mendapat kejayaan yang cemerlang.

Selamat Menjalani Peperiksaan

Monday, 25 July 2011

Peristiwa Seminggu di SKKM

20 Julai 2011- Rabu -Dataran SKKM
Bertempat di Dataran SKKM jam 7:35 - 8:05 pagi, telah dilansungkan majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber dan Bulan Patriotik sempena sambutan di ambang Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Majlis pelancaran dan juga perasmian telah dilakukan oleh Guru Besar SKKM En Shaffei Bin Mohamad dengan gimik pelepasan Burung Merpati. Pelbagai agenda dan aturcara menarik telah diaturkan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk disertai oleh semua murid dan guru di SKKM


21 Julai 2011 - Khamis - Balairaya SKKM
Lebat hujan yang turun sekitar jam 11 - 12 tengahhari, bagai menggambarkan betapa lebatnya air mata kesedihan dan kesayuan di dalam hati bagi para pendidik dan warga SKKM hari ini, dan juga khususnya bagi Puan Massarah Bt Awang Long. Kerana hari ini adalah hari terakhir beliau berada di sini setelah permohonan pertukarannya ke Perak telah diluluskan. Sehubungan itu pihak KGK telah mengadakan sedikit majlis perpisahan serta penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenangan.

Pihak warga SKKM sentiasa mendoakan agar Cikgu, Ustazah dan Puan Massarah terus diberi ketabahan dan kekuatan walau dimana jua berada. Kami disini tetap mengingati mu sampai bila-bila.


22 Julai 2011 - Jumaat - Dataran SKKM
Bermula jam 7:45 pagi , Majlis Pelancaran Hari Kecergasan SKKM telah dilancar dan dirasmikan oleh Guru Besar SKKM En Shaffei Bin Mohamad, gimik majlis pelancaran telah dilakukan dengan upacara memecahkan belon dan memasukkan Bola ke dalam Gelong Rotan.



Acara seterusnya melibatkan aktiviti senam robik yang dilakukan bermula daripada murid Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 serta para pendidik dan warga SKKM. Aktiviti Senamrobik telah diketuai oleh Puan Siti Sarah dengan dibantu oleh guru-guru Praktikal seramai 6 orang.

Selesai senamrobik, murid-murid telah dipecahkan mengikut kepada kumpulan tertentu untuk melakukan Aktiviti Kecergasan yang telah ditentukan.

Aktiviti seterusnya adalah berkaitan Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh guru-guru SKKM sendiri.

22 - 24 Julai 2011-Jumaat - Ahad - Padang SKKM

22 Julai - 9:00 malam bertempat di Padang SKKM telah diadakan satu majlis ceramah yang disampaikan oleh Mantan Imam Besar Masjid Negara iaitu Dato'Kamaruddin Bin Zakaria dengan tajuk ceramah Ketaqwaan dalam Perniagaan dan Keusahawan sempena Pameran Mini MAHA anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

23 Julai 2011 - Sabtu - Bermula jam 9:00 pagi pameran hasil-hasil Produk Pertanian dan Penternakan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan, pebagai agensi, jabatan kerajaan dan pihak perseorangan telah mengambil bahagian dalam pameran ini. terdapat pelbagai jenis produk dan hasil pertanian serta pelbagai produk usahawan bumiputra, tempatan dan agensi kerajaan telah dipamerkan.




Pada sebelah petangnya majlis seterusnya dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Y.B Datuk Seri Noh Bin Haji Omar bagi merasmikan dan menyampaikan bantuan khusunya kepada warga nelayan dan petani di sekitar daerah Kuala Langat.

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN AKAN DIUPLOADKAN KEMUDIAN. TERIMA KASIH

Thursday, 14 July 2011

Audit Dalaman

14 Julai 2011-SKKM
Seawal jam 7:30 pagi, pasukan auditor yang diketuai 2 orang pegawai daripada PPD Kuala Langat, iaitu En Saiful Adli, En Wan dan 3 guru cemerlang, iaitu En Saiful Anuar, Puan Laily dan Puan ...( maaf..terlupa pulak namanya ) telah hadir ke SKKM bagi melakukan semakan, pemantauan dan audit ke atas beberapa perkara berikut, iaitu melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Kurikulum, Bilik-Bilik Khas, 8 orang guru telah dipantau berdasarkan subjek utama iaitu Sains, Bahasa Malaysia dan Matematik.

Proses audit telah bermula seawal jam 8:00 pagi sehingga jam 12:30 tengahari. Tepat jam 12:30 tengahari, para guru telah dikumpulkan di bilik mesyuarat bagi membentang sebarang dapatan, penambahbaikkan dan kekurangan yang perlu diperbaiki.

Keseluruhannya, pihak auditor memuji dan memberikan markah cemerlang, walaupun terdapat beberapa aspek yang memerlukan penambah baikkan.

Wednesday, 13 July 2011

PPD nak datang.. Cepat..!!


Besok 14 Julai 2011 dinyatakan dan dimaklumkan bahawa para pegawai audit ( auditor ) daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat akan hadir ke SKKM untuk memantau dan memastikan semuanya OK..!!

Kehadiran yang menimbulkan sedikit kelam kabut dan rasa gelisah. Terutama guru.. dan lebih lebih lagi para pentadbir dan khususnya Guru Besar.

Harap-harap semuanya OK dan harapan kepada auditor agar auditi yang diaudit tidak hanya mencari kekurangan, kesilapan dan kelemahan semata-mata, tapi apa yang diharapkan adalah teguran dan nasihat yang membina, bukan menunjuk kuasa, tapi menunjuk peri rasa, budaya bangsa, akhlak mulia serta sayang sesama saudara.

Insya'allah..Selamat Datang Auditor semua
Selamat Menjawab kepada auditi juga

Dari mantan Pegawai Kualiti Dan Dokumentasi

Tuesday, 12 July 2011

Bulan Pusat Sumber SKKM

Bulan Pusat Sumber

11 Julai 2011, Dataran SKKM - Bermula awal Julai ini sehinggalah awal Ogos September merupakan hari, minggu dan bulan Pusat Sumber di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Majlis perasmian yang dilakukan oleh Guru Besar Cikgu Shaffei Bin Mohamad telah selamat dilakukan dengan gimik pelepasan beberapa ekor burung.

Berbagai aktiviti telah, sedang dan dirancang untuk menarik minat warga SKKM agar terus bersama Pusat Sumber dalam mencari ilmu dan faedah daripadanya.

Oleh itu diseru kepada semua murid, guru dan warga SKKM untuk bersama-sama menghidupkan Pusat Sumber ini sepanjang masa.

Friday, 8 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

2 Julai 2011, seawal jam 6:30 pagi, kelihatan telah ramai para murid dan ibu bapa termasuk para guru yang hadir bagi memeriahkan majlis larian 1 Malaysia, iaitu larian 1 Murid 1 Sukan. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran para murid mengikut tahap, para guru, para ibu bapa dan juga para pegawai.

Sesuatu yang istimewa dan khas pada pagi ini khususnya bagi warga sekolah kebangsaan kampung medan, ialah kehadiran ramai para pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, terdiri daripada Tuan PPD sendiri. Tuan Haji Talib Mahmud, Timbalan PPD, En Agos Salim, En Zul, tidak ketinggalan YB Tuan Ahmad Yunus Bin Hairi bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.
Acara pagi dimulakan dengan bacaan doa, oleh Tuan Haji Ismail dari PPD sendiri, seterusnya regangan badan dan pelepasan peserta. Larian melibatkan jarak sejauah 1.5 km melibatkan penyertaan dan gabungan daripada sekolah berhampiran seperti SK Sijangkang Jaya dan SMK Sijangkang Jaya.



Usai larian, diteruskan dengan aktiviti sukan antaranya seperti lumba lari, lontar peluru, lompat jauh, sukaneka dan yang paling menarik ialah sukan tarik tali antara guru dan para bapa.

Ternyata kudrat dan tenaga para bapa melebihi tenaga guru yang menyaksikan kekalahan berturut-turut. Tahniah kepada para bapa!

Majlis seterusnya dibahagikan kepada 2 bahagian. Bagi murid Tahap 2 dikehendaki berkumpul di Dewan Wawasan dan bagi Tahap 1 berkumpul di Pusat Sumber. Antara pengisian yang dilaukan ialah majlis penyampaian hadiah bagi pemenang acara sukan yang dipertanding dan diakhiri dengan tontonan video yang cukup memotivasikan semangat murid agar terus berusaha tanpa putus asa untuk berjaya iaiti Shoilin Soccer.