derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Friday, 8 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

2 Julai 2011, seawal jam 6:30 pagi, kelihatan telah ramai para murid dan ibu bapa termasuk para guru yang hadir bagi memeriahkan majlis larian 1 Malaysia, iaitu larian 1 Murid 1 Sukan. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran para murid mengikut tahap, para guru, para ibu bapa dan juga para pegawai.

Sesuatu yang istimewa dan khas pada pagi ini khususnya bagi warga sekolah kebangsaan kampung medan, ialah kehadiran ramai para pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, terdiri daripada Tuan PPD sendiri. Tuan Haji Talib Mahmud, Timbalan PPD, En Agos Salim, En Zul, tidak ketinggalan YB Tuan Ahmad Yunus Bin Hairi bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.
Acara pagi dimulakan dengan bacaan doa, oleh Tuan Haji Ismail dari PPD sendiri, seterusnya regangan badan dan pelepasan peserta. Larian melibatkan jarak sejauah 1.5 km melibatkan penyertaan dan gabungan daripada sekolah berhampiran seperti SK Sijangkang Jaya dan SMK Sijangkang Jaya.



Usai larian, diteruskan dengan aktiviti sukan antaranya seperti lumba lari, lontar peluru, lompat jauh, sukaneka dan yang paling menarik ialah sukan tarik tali antara guru dan para bapa.

Ternyata kudrat dan tenaga para bapa melebihi tenaga guru yang menyaksikan kekalahan berturut-turut. Tahniah kepada para bapa!

Majlis seterusnya dibahagikan kepada 2 bahagian. Bagi murid Tahap 2 dikehendaki berkumpul di Dewan Wawasan dan bagi Tahap 1 berkumpul di Pusat Sumber. Antara pengisian yang dilaukan ialah majlis penyampaian hadiah bagi pemenang acara sukan yang dipertanding dan diakhiri dengan tontonan video yang cukup memotivasikan semangat murid agar terus berusaha tanpa putus asa untuk berjaya iaiti Shoilin Soccer.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini