derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 25 July 2011

Peristiwa Seminggu di SKKM

20 Julai 2011- Rabu -Dataran SKKM
Bertempat di Dataran SKKM jam 7:35 - 8:05 pagi, telah dilansungkan majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber dan Bulan Patriotik sempena sambutan di ambang Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Majlis pelancaran dan juga perasmian telah dilakukan oleh Guru Besar SKKM En Shaffei Bin Mohamad dengan gimik pelepasan Burung Merpati. Pelbagai agenda dan aturcara menarik telah diaturkan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk disertai oleh semua murid dan guru di SKKM


21 Julai 2011 - Khamis - Balairaya SKKM
Lebat hujan yang turun sekitar jam 11 - 12 tengahhari, bagai menggambarkan betapa lebatnya air mata kesedihan dan kesayuan di dalam hati bagi para pendidik dan warga SKKM hari ini, dan juga khususnya bagi Puan Massarah Bt Awang Long. Kerana hari ini adalah hari terakhir beliau berada di sini setelah permohonan pertukarannya ke Perak telah diluluskan. Sehubungan itu pihak KGK telah mengadakan sedikit majlis perpisahan serta penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenangan.

Pihak warga SKKM sentiasa mendoakan agar Cikgu, Ustazah dan Puan Massarah terus diberi ketabahan dan kekuatan walau dimana jua berada. Kami disini tetap mengingati mu sampai bila-bila.


22 Julai 2011 - Jumaat - Dataran SKKM
Bermula jam 7:45 pagi , Majlis Pelancaran Hari Kecergasan SKKM telah dilancar dan dirasmikan oleh Guru Besar SKKM En Shaffei Bin Mohamad, gimik majlis pelancaran telah dilakukan dengan upacara memecahkan belon dan memasukkan Bola ke dalam Gelong Rotan.



Acara seterusnya melibatkan aktiviti senam robik yang dilakukan bermula daripada murid Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 serta para pendidik dan warga SKKM. Aktiviti Senamrobik telah diketuai oleh Puan Siti Sarah dengan dibantu oleh guru-guru Praktikal seramai 6 orang.

Selesai senamrobik, murid-murid telah dipecahkan mengikut kepada kumpulan tertentu untuk melakukan Aktiviti Kecergasan yang telah ditentukan.

Aktiviti seterusnya adalah berkaitan Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh guru-guru SKKM sendiri.

22 - 24 Julai 2011-Jumaat - Ahad - Padang SKKM

22 Julai - 9:00 malam bertempat di Padang SKKM telah diadakan satu majlis ceramah yang disampaikan oleh Mantan Imam Besar Masjid Negara iaitu Dato'Kamaruddin Bin Zakaria dengan tajuk ceramah Ketaqwaan dalam Perniagaan dan Keusahawan sempena Pameran Mini MAHA anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

23 Julai 2011 - Sabtu - Bermula jam 9:00 pagi pameran hasil-hasil Produk Pertanian dan Penternakan anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan, pebagai agensi, jabatan kerajaan dan pihak perseorangan telah mengambil bahagian dalam pameran ini. terdapat pelbagai jenis produk dan hasil pertanian serta pelbagai produk usahawan bumiputra, tempatan dan agensi kerajaan telah dipamerkan.




Pada sebelah petangnya majlis seterusnya dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Y.B Datuk Seri Noh Bin Haji Omar bagi merasmikan dan menyampaikan bantuan khusunya kepada warga nelayan dan petani di sekitar daerah Kuala Langat.

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN AKAN DIUPLOADKAN KEMUDIAN. TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini