derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 21 September 2011

MERDEKA..MERDEKA..Merdeka Raya..Erk!!!


20 September 2011, SKKM
Bermula jam 7:35 pagi sehingga 1:25 petang, SK Kg Med
an telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bersamaan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 54. Acara dimulakan dengan perhimpunan murid di Dataran SKKM bagi memudahkan para Guru mengambil kehadiran murid.


Berbagai fesyen, bentuk dan jenis pakaian hari raya diperagakan oleh para murid dengan cukup cantik, anggun dan bergaya sekali.
Walaubagaimanapun, bagi murid Tahun 6, agak berbeza sedikit, kemeriahan sambutan Hari Raya mungkin agak terganggu, kerana terpaksa menduduki Peperiksaan PKSR khusus bagi Tahun 6, hasilnya, terpaksalah mereka menyambut Sambutan Hari Raya dalam keadaan mood peperiksaan.
Masjlis seterusnya dilakukan di Dewan Wawasan, antara tentatif majlis ialah Ucapan dan Perutusan Hari Raya serta Laungan Kemerdekaan yang dilakukan oleh Guru Besar SK Kg Medan, Cikgu Shaffei Bin Mohamad. Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan murid-murid daripada Tahap 2. Persembahan meliputi Lagu Hari Raya dan Lagu Kemerdekaan. Disamping itu pertandingan Sepanduk tercantik dan majlis penyampaian hadiah sempena pertandingan sepanjang Bulan Patriotik yang telah dilakukan sebelum ini.
Seterusnya Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan diruang meletak basikal murid. Guru dan para murid bersama-sama menikmati pelbagai jenis kuih muih dan hidangan yang disediakan.
Selesai jamuan, majlis diteruskan dengan pembahagian murid mengikut Tahap ke lokasi yang berbeza untuk tentatif seterusnya. Murid Tahap 1 di Dewan Wawasan dan Tahap 2 di Balai Serbaguna. Antara acara yang dilakukan ialah persembahan murid meliputi Nyanyian Karaoke Lagu-Lagu Hari Raya dan Lagu-Lagu Patriotik.

Majlis tamat tepat jam 1:25 petang.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini