derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Friday, 9 September 2011

Solat Hajat Untuk Anak-Anak Kita


8 September 2011-Khamis Dewan UPSR SK Kg Medan.
Bermula selepas Maghrib, satu program munajat bagi memohon bantuan dan pertolongan daripada ALLAH telah dilakukan oleh murid-murid, guru dan para ibu bapa di kelas tahun 6 yang telah dibuka dan dijadikan sebagai Dewan Utama Peperiksaan UPSR yang akan diadakan pada 13-15 September ini.
Antara tentatif progran yang diadakan ialah Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yassin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah. Majlis dipimpin oleh Tuan Imam Masjid Hidayah, Tuan Haji Thaifur. Majlis tamat pada jam 9:00 malam.
Semoga dengan munajat ini, kejayaan akan menjadi milik anak-anak di SKKM ini. Walaubagaimanapun, teruskan doa, usaha, ikhtiar dan akhirnya serahkan kepada ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini