derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 7 September 2011

UPSR semakin dekat!!


UPSR semakin dekat..dan dekat..Hari ini 9 Sepember 2011 bermakna tinggal cuma 3 hari sahaja lagi. Jika ditolak waktu tidur 7 jam sehari..bermakna 42 jam telah berlalu..tolak waktu makan 30 minit ( makan pagi..tengahari..petang dan malam )..bermakna 180 minit telah berlalu..tolak berjalan berhari raya 1 jam..6 jam untuk 6 hari..bermakna jam telah berlalu..Tolak itu ini,,itu ini..agak-agaknya cuma tinggal beberapa minit sahaja lagi anak-anak didik..anak-anak kita semua akan menempuh saat genting dalam hidup mereka.
Oleh itu, apa yang mampu kita lakukan sekarang..banyakkalah buat DUIT!! Bukan duit raya..duit itu..
Tapi D untuk DOA, banyakkan berdoa, mintaklah ibu bapa doakan..Mintaklah guru-guru doakan secara khusus dan istimewa untuk anda..
U untuk USAHA, jangan putus asa untuk terus berusaha..Kita tidak akan menikmati cahaya lampu jika Thomas Edison berputus asa buat kali ke 99 dalam usahanya.
I untuk IKHTIAR, ikhtiarlah, carilah apa jua cara dan kaedah untuk memastikan kejayaan dengan cara yang terbaik dan diredhai ALLAH..Ingat Abraham Lincoln..Presiden Amerika Syarikat..Ikhtiar beliau untuk berjaya..Sanggup menelaah dan membaca buku dengan hanya menggunakan lampu jalan sahaja,,
dan T untuk TAWAKAL..Setelah segala usaha dan susah payah dilakukan..Bertawakal dan berserahkah kepada ALLAH. ALLAH Maha Adil. DIA tidak akan membiarkan usaha dan doa yang telah dilakukan oleh hamba NYa terbiar begitu sahaja. Insya ALLAH ada ganjaran dan balasan yang sewajarnya untuk mereka dan anda yang berusaha. Percayalah,.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini