derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 29 December 2011

29 Disember 2011, Khamis - Balai Serba Guna dan Kantin Sekolah SKKM.
Hari ini adalah hari bagi ibu bapa dan para penjaga kebanyakkan sekolah untuk hadir ke sekolah bagi melunaskan bayaran atau yuran persekolahan. Seawal jam 8:00 pagi telah kelihatan beberapa orang pejaga yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi membayar yuran.

Bagi Tahap 1. Tahun 1,2 dan 3 pembayaran dilakukan di Balai Serbaguna SKKM dan bagi Tahap 2, Tahun 4,5 dan 6 bayaran dilakukan di Kantin SKKM.

Masa pembayaran bermula jam 9:00 pagi sehinggan jam 12:00 tengahari. Ibubapa dan penjaga digalakkan untuk membuat pembayaran pada hari, masa dan tempat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah dan gangguan ketika sesi persekolahan telah bermula nanti.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para iu bapa dan penjaga yang telah menunaikan tanggung jawab mereka dengan konsisten.

Selamat bersekolah pada 4 Januari 2012

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini