derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 1 December 2011

Berita Tertunggak

Fuhhh..!! Dah cuti baru ada masa nak menulis. Maaf kepada pembaca setia dan anda yang baru mengikuti blog SKKM2011 ini. Agak lama jugak terbiar begitu jer. So, kesimpulan awal yang boleh dibuat oleh para Blogger ( ustaz la ) ialah:

Buat Blog senang. Senang sangat, Tapi nak ‘’maintain ‘’ isi itu yang susah.

Jadi kesempatan yang ada ni, ustaz nak cover balik beberapa berita di SKKM ini yang dah basi sebenarnya. Ini bukan lagi tertinggal keretapi, tapi dah tertinggal jet. Banyak woo..

Nak buat camna, baru nak ON notebook ni, relief dan bersusun baikkkk punya.. Itu kat sekolah.

Kalau kat umah, bila ON je notebook, tak sempat nak menaip, ‘’ nak boboi boy..nak Ben 10..nak Ultramen..Nak engok Iyaz.. ( nak tengok gambar )’’ Last-last apa pun tak jadi.

Jadi ustaz cuba dan try untuk menyusun kembali sebaik mungkin beberapa urutan peristiwa penting dan yang tak penting tapi rasa ada nilai berita jugak untuk dimasukkan ke dalam blog SKKM ini. Ya la takkan nak masukkan berita ekonomi pulak.

Ok.. kita mula dengan peritiswa ini dulu..

13 September 2011 – Balai Serbaguna SKKM.

Pesanan demi pesanan dan wasiat akhir daripada YB Dr Yunus Hairi kepada calon UPSR. Nasihat jangan cerita la. Kalau dibuat buku, dah berjilid-jilid agaknya nasihat, panduan, doa, tips, teknik dan macam-macam lagi.Dan UPSR berlansung selama 4 hari dari 13 hinggga 16 September 2011. Maafla..Jadualnya tak ingat dah. Kalau siar pun tak guna. Peksa abis dah. Sapa kisah lagikan.?

September 2011 – SK Telok.

Pertandingan persahabatan Bola Tampar.Ni bila tengok gambar main ni, maknanya dah abis UPSR la tu. Antara aktiviti murid Tahun 6 yang dah tak tahu nak buat apa. Jadi untuk pengetahuan, perlawanan persahabatan ni melibatkan beberapa buah sekolah yang menjemput dan dijemput, antaranya:

SK Telok VS SK Kg Medan – SK Kg Medan menang. 2-0

SK Sijangkang Jaya VS SK Kg Medan – SK Kg Medan menang. 2-0

3. SMK Telok Panglima VS SK Kg Medan – SK Kg Medan menang.2-1

Ish..yang paling best dan manis bila diingat balik. Menang lawan sekolah menengah. Bukan form 1 lak tu. Form 2 dan 3 lagi. Mesti tahun depan cikgunya nak balas dendam balik. Tapi sayang sungguh, tak sempat ambik gambar. Saspen sangat masa tu. Macam Harimau Muda lawan Garuda.

Posing orang menang la katakan. Kalau menang suka. Kalau kalah mula la nak mengamuk.

Tapi korang dah takde. Kat mana la korang sekarang yea.

September 2011 – Program gotong royong bersihkan surau dan kawasan sekitar sekolah. Tapi yang pastinya, kerja sikit. Main jer banyak. Ok la tu. Gotong royong bermain bersama. Last-last cikgu jugak yang kena abiskan. Tak aci betul.

September 2011 – Mini UNICAMP.

Acara masak memasak dan memasang khemah yang tak berapa menjadi. Ini antara aktiviti murid Tahun 6. Masak memasak. Ustaz respek kat bebudak ni. Cukup rajin kat dapur. Tak tau la kalau dapur kat umah sendiri. Tapi yang musykilnya. Sapa yang memasak sebenarnya? Sebab semuanya sedap-sedap belaka. Takkan air tangan bebudak ni? Sebab kalau tengok gambar ni, belom masak lagi dah berlubang periuknya. Konfius..Konfius..

Cuba teka, mana satu yang sebenar-benarnya Master Chef? Farahin, kalau kamu membaca blog ni. Satu pertanyaan ustaz. ‘Kaki OK?’’

September 2011 – Pertandingan Nasyid Tahun 6.

Dah penat anggota fizikal dengan gotong royong, memasak, sekarang penat suara pulak. Boleh tahan jugak kalau menyanyi. Semua ada bakat yang terpendam dan terendam.Cuma malu-malu kucing. Tapi kalau menjerit dalam kelas.Fuhhh..!! Tarzan pun panik. Cuma sikit pesan ustaz, jangan jadi penyanyi yang sebenor-benornya udah la yea. Banyak benor fitnahnya nanti.

September 2011 – Hotel Prescot, Klang.

Satu majlis ringkas tapi best la jugak, iaitu Majlis Anugerah untuk Pengawas dan Pustakawan SKKM telah dilakukan dan dibuat dihotel Prescot, Klang. ( tempat lama ustaz, banyak nostalgia ooo..) Iaitu satu majlis bagi meraikan para pengawas dan pustakawan yang telah banyak berjasa menyumbangkan masa, tenaga dan bebelan mereka dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2011 di SKKM. Siap makan-makan dan cabutan bertuah lagi. Tak lupa juga hadiah penghargaan untuk mereka yang rajin, jujur dan istiqomah dalam menjalankan tugas.

Oktober 2011 – Lost Word Of Tambun, Ipoh, Perak.

Masa untuk bersukaria dan riang gembira. Sebanyak 2 buah bas dan sekitar 80 murid dan guru pengiring telah terpilih dan memilih dirinya sendiri untuk mengikuti rombongan ke Tambun, Perak. Antara tempat-tempat menarik, yang pastinya Lost Word Of Tambun. Memang Lost Word betul, bebudak ni bila dapat air hilang ntah ke mana. Susah nak ambik gambar, last-last kena merayau, menyelam, buat kuak renang, kuak dada untuk mencari mereka-mereka yang dah ‘’lost mind’’ ni.

Aktivitinya seterusnya makan malam dan Night Walk kat Zoo Taiping. Tapi akikatnya,bukan Night Walk pun, Naik Trem ada ala. Nak buat camna, ujan agak lebat malam tu. Binatang semua pun nyorok, takut basah agaknya.

Seterusnya menginap di Rumah Tumpangan Puspanita, kat Bandar Taiping. Ni la rupa rumahnya.

Yang lelaki tidur kat rumah seperti diatas ni. Yang perempuan lak tidur kat rumah di bawah ni. Ok la jugak. Walaupun pada awalnya korang menjerit la jugak kat dalam bas bila diberitahu ini la rumah hantu. Apa-apa hal ‘’Lot Ten’’ la ( Lots Of Thanks ) kepada Ibu Cikgu Azleani yang sudi menyediakan tempat penginapan yang selesa ini kepada kami. Syukran..Syukran

Aktiviti esoknya ialah berjalan di Muzium Negeri Perak, melawat Pusat Pembikinan Arang, seterusnya ke Ladang Bakau dan ‘’last’’ makan mee udang di Kuala Sepetang di Gerai Mak Jah.

Di hadapan Muzium Negeri Perak. Pelawat yang pertama-tama sampai, sampai Pakcik Guard pun cakap ‘’Gi la jalan tempat lain dulu. Belom bukak lagi’’

Uncle yang sporting. Skripnya pun macam dah hafal. Mana idaknya tiap-tiap hari orang datang cakap benda yang sama. Apa-apa pun uncle, tahniah!!, dalam gelap dan hitamnya arang, disitulah terang dan bercahaya rezeki mu.Bebudak ni ambik pengajaran ke idak tak tau la. Yang ustaz dengar, ee..eee…eeee..

Ladang Pokok Bakau. Bagi yang tak pernah melihat pokok bakau, ha inilah rupanya Pokok Bakau. Memang unik Pokok Bakau ni, kalau nak tahu datang atau carilah sendiri.

Mee Udang Mak Jah, itu yang popular kat sini. Sebenarnya ustaz tengok banyak jugak gerai lain yang menjual mee udang ni. Tapi yang “fofular” kat sini gerai Mak Jah ni la. Ada yang selak mee nampak udang, tapi kes yang kat bawah ni selak udang baru nampak mee. Terbaikk..!!!

November 2011 – Zoo Melaka

5 orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada warga SKKM yang ada untukmengikuti rombongan yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Sebanyak 16 buah Sekolah Rendah Kebangsaan daripada seluruh Daerah Kuala Langat telah dipilih bagi mengikuti rombongan ini. Antara destinasi menarik yang sempat dilawati ialah Zoo Melaka, Masjid Al Azim, Bandar Hilir, Kapal A Famosa dan Muzium Maritim.

Aaa..yang dalam gambar diatas ni, chinese boy, bukan warga SKKM, tapi warga SJKC mana ntah..tersesat dari kumpulan sekolahnya, so dia ikut la kita orang, namanya Yee Sang. Macam nama makanan tahun baru Cina pulak.

November 2011 – Makmal Sains SKKM

Nak tengok mayat tersenyum? Mati dalam iman, ha..tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Ini sebenarnya adalah latihan Solat Jenazah bagi sukatan Tahun 6. Bukan main seronok, masing-masing berebut-rebut nak jadi jenazah. Jadi jenazah betul-betul baru tau.

November 2011 – Balai Serbaguna SKKM. Sambutan Hari Graduasi Tahun 6.

Hari Graduasi adalah hari dimana semua murid Tahun 6 secara rasminya telah tamat belajar Tahun 6. Kira dah besar la. Pada hari tersebut, segala dokumen dan sijil berkaitan diserahkan kepada setiap murid untuk melayakan mereka bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah pula. Zaman ustaz takde la pulak Hari Graduasi ni. Tahu-tahu je dah naik sekolah, dah sekolah lain. Best betul korang ni yea. Yang diatas ni gambar Tahun 6 Bistari. Tahun lain tengok bawah.

6 BESTARI 2011

6 HARAPAN 2011

6 JAYA 2011

6 KREATIF 2011

November 2011 – Balai Serbaguna SKKM. Majlis Penyampaian Sijil Tamat Pra Sekolah.

Bukan sahaja tahun 6. Pra Sekolah turut sama memeriahkan dengan acara penyampaian sijil tamat Pra Sekolah yang diadakan di Balai Serbaguna SKKM. Bukan main bergaya dengan jubah macam nak Konvo. Bertuah..Bertuah korang ni. Selamat naik ke Tahun 1 2012 nanti.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini