derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 4 January 2012


4 Januari 2012, Rabu - SKKM
10 Safar 1423 H

Hari ini bermulalah kembali sesi persekolahan di SK Kampung Medan. Awal-awal pagi lagi ibu bapa dan para penjaga telah hadir menghantar menemani anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Tak kurang juga yang dah bersekolah sebelum ini pun turut dihantar. Mungkin malu balik agaknya. Maklumlah 30 hari tak bersekolah.

Kelihatan semuanya kemas berbaju baru, putih bersih, segak dan anggun sekali. Namun ada juga yang masih memakai aksesori yang lama, tapi tak kisah dan tak jadi masalah. Asalkan masih elok dan boleh dipakai. Its OK. Tak menyusahkan mak bapak untuk belikan yang baru.

Jadi bersempena dengan hari pertama sekolah ini, diharapkan agar, murid-murid, cikgu-cikgunya dan juga para ibu bapa sekalian seluruh Malaysia agar lebih bersemangat, bersistem, bermotivasi agar kecemerlangan dapat dicapai bersama-sama. Insya'allah didunia dan diakhirat nanti.

Gambar akan menyusul kemudian. Dah nak masuk kelas pulak.
Banyaknya jadual aku kali ni..WAAA..!!!

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini