Pada 7 Januari 2012, Sabtu, Dewan Wawasan Kampung Medan, telah diadakan Program Anakku Cemerlang khusus untuk pelajar-pelajar Tahun 6 2012 SK Kg Medan. Program ini diadakan khusus untuk mencapai matlamat
kecemerlangan UPSR yang lebih baik bagi Tahun 2012. Iaitu meningkatkan peratus
kelulusan murid, meningkatkan jumlah murid yang mendapat 5 A, mengurangkan
jumlah murid yang masih gagal menguasai kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan
mengira ), mengisi masa cuti dengan aktiviti yang lebih berfaedah ( kelas
tambahan, seminar, bengkel dan motivasi ).
Komen :
Kehadiran ibu bapa dan penjaga agak kurang memuaskan, hanya segelintir ibu bapa sahaja yang hadir menunjukkan komitmen mereka terhadap masa depan anak-anak mereka. Ini satu perkembangan yang tidak berapa sihat dan "cantik" untuk anak-anak mereka.
Begitu juga ketika sesi soal jawab dibuka, tidak ramai yang bertanya, mungkin telah faham dan sangat memahami atau mungkin masih lagi dibalut rasa malu dan takut.
Oleh itu kepada ibu bapa dan penjaga, peluang ini dibuka, jika terdapat sebarang masalah dan pertanyaan yang sukar untuk disampaikan secara lisan, sila gunakan email ini, azwanhafiz@gmail.com untuk sebarang aduan, nasihat pandangan, kritikan dan sebagainya kepada pihak pentadbiran sekolah.
No comments:
Post a Comment
Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini