derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 7 March 2012

Info Yang Dah Terlepas

Assalammualaikum.
Pembaca blog SKKM yang setia.
Dikesempatan yang ada ni ( ini la yang ada, waktu bila, jangan tanya ) inilah waktu untuk meng"cover" balik beberapa peristiwa yang dah berlaku dan berlalu tapi tak sempat nak di update. Nak buat camno. Kerja ustaz kat sekolah ni bukan meng "update" blog sepanjang masa.
Baiklah antara beberapa catatan peristiwa yang berlaku dalam bulan Januari dan Febuari 2012 yang lepas ialah seperi berikut :

1. Program Maju Diri atau PMD khusus untuk tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 telah dibuat anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Senang dan diringkas cerita PMD ni adalah untuk mengukur, menggalak, mencungkil, mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam dan ada dalam diri setiap murid untuk dikeluarkan dan dizahirkan dalam pelbagai aktiviti yang menarik dan Interasting. Tapi sayang, tak banyak gambar yang dapat diabadikan, sebab jurugambarnya, iaitu ustaz sendiri disibukkan dengan Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pra Sekolah, jadi inilah saja yang ada. OK la kan


2. Seterusnya Program Anakku Cemerlang telah diadakan pada 7 Januari 2012 bertempat di Dewan Wawasan Kg Medan. Anjuran PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara tujuan dan motif utama adalah untuk mencapai lebih lagi kejayaan di dalam peperiksaan UPSR 2012 ini berbanding tahun 2011. Sehubungan itu, pelbagai kerangka dan rancangan jangka pendek dan panjang telah dibuat agar keputusan peperiksaan pada tahun 2012 ini lebih baik dari sebeklum.

3. Seterusnya adalah pelancaran Program Guru Penyayang, yang dilakukan pada hmm..Bila yea..Tak ingat la pulak. Rasanya dalam bulan Febuari. Tapi berterusan sampai bila-bila. Sebab penyayang ni bukan sayang dalam bulan tu jer. Bulan lain tak sayang pulak. Jadi motifnya, adalah untuk membentuk, menggalakkan, menyuburkan, menambah baik lagi rasa sayang dalam diri seorang guru kepada anak didiknya. Sonang cerito. Sayang la anak murid tu sebagai mana sayangkan anak sendiri. Tapi kalau tak ada anak, atau tak kahwin lagi, sayang la macam anda sayangkan diri sendiri. 

Tapi kalau macam ni punya sayang. Jeles la jugak.
Eee..malu-malu la pulak.

4. Dan yang terakhir, Program Ceramah Kesihatan, ni disebabkan seekor nyamuk, satu sekolah kena dengar ceramah. Ceramah Perangilah Denggi. Ceramah disampaikan oleh seorang Doktor..alah..sapa la pulak namanya. Tapi gambarnya ada. Tak kisahlah. Yang penting, kita semua menjaga kebersihan, luangkan sedikit masa untuk memastikan tempat pembiakan nyamuk Aedes dihapuskan.

Cuma satu cadangan ustaz, kalau ada denggi ker, nyamuk ker, apa kata panggil la pulak Pakcik atau Abang yang menyembur asap tu. Biar dia cerita pulak. Mesti best punya. Lepas tu siap try sorang-sorang guna alat penyembur tu ( Fogging ke apa namanya ). Waa..usahkan nyamuk, semua serangga cabut lari dibuatnya


No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini