derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 5 March 2012

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas SPBT & PRS

5 Mac 2012, Isnin - Dataran Perhimpunan.

Satu majlis perlantikan dan serahan watikah perlantikan Pengawas SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) dan PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya ) SK Kg Medan telah diadakan. Antara tujuan dan objektif perlantikan Pengawas SPBT adalah untuk memudah dan membantu pihak guru dan SPBT dalam memastikan keberkesanan dan kelancaran segala urusan yang berkaitan dengan Buku Teks.
Manakala Pembimbing Rakan Sebaya pula dilantik bagi bertujuan membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling dalam membimbing dan membantu rakan sebaya dengan mereka dalam sebarang urusan yang berkaitan.

Majlis perlantikan dan serahan watikah telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKM sendiri iaitu Cikgu Shaffei Bin Mohamad.

Semoga dengan lantikan dan kuasa yang diberi akan menaikkan semangat para Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya untuk menunjukkkan contoh tauladan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini