derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 22 March 2012

Majlis Tilawah Al Quran ( MTQ )

21 Mac 2012, SK Olak Lempit

Majlis Tadarus / Tilawah Al Quran peringkat sekolah-sekolah rendah zon utara di Daerah Kuala Langat telah diadakan di SK Olak Lempit dengan penyertaan hampir 15 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kuala Langat. SKKM juga tidak terkecuali dan telah menghantar wakil dalam acara berikut iaitu Bercerita Lelaki dan Perempuan, Tilawah Lelaki dan Perempuan, Hafazan Lelaki dan Perempuan serta Kumpulan Nasyid Mumtaz.

Peserta bercerita lelaki, adik Muhammad Farhat. Nangis-nangis pun akhirnya dapat jugak No 2.


Peserta bercerita perempuan, adik Fatiha. Berbakat dan ada potensi besar jika diasuh dan diasah dengan lebih kerap lagi. Malang, tidak mendapat sebarang kedudukan. Jangan putus asa ye.


Kumpulan Nasyid MUMTAZ. Insyallah dilain masa akan membuktikan bahawa MUMTAZ Boleh..!!!

Peserta tilawah Al Quran lelaki. Adik Fahmi. Cuba dan usaha lagi. Insyallah akan berjaya.

Namun SKKM hanya mampu berbangga dengan pencapaian tempat ke dua melalui kategori bercerita lelaki sahaja. Manakala tidak mendapat sebarang tempat di dalam kategori yang lain.Tahniah diucapkan kepada yang menang. Yang tidak menang, jangan mengalah atau berputus asa, cuba lagi dilain kali dan jika ada peluang lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini