derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 28 April 2012

Program STAR A

April 2012 – Dewan SMK Telok Panglima Garang

Satu majlis perasmian Program St’A’R Dun Sijangkang telah diadakan di Dewan Besar SMK Telok Panglima Garang bermula seawal jam 7:30 pagi. Seminar ini diadakan bagi melatih,mendedahkan, membiasakan murid-murid dengan cara, kaedah dan teknik menjawab dengan betul UPSR 2012.

Perasmian majlis ini telah dilakukan oleh En Muhammad Yusri Bin Dahrumi, Penolong PPD Pengurusan Akademik, Daerah Kuala Langat, Selangor.

Antara objektif program diadakan ialah, Pertama : Bagi melancarkan Modul UPSR 2012 bagi DUN Sijangkang. Kedua : Meningkatkan bilangan murid cemerlang UPSR bagi sekolah-sekolah DUN Sijangkang. Ketiga : Membimbing para pelajar dalam teknik mengingat,mempelajari teknik menjawab dengan betul dan mengetahui teknik membahagikan masa secara bijak ketika menjawab soalan dalam setiap mata pelajaran.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Kg Medan, SK Telok Panglima Garang, SK Sijangkang Jaya, SK SIjangkang, SK Jalan Tanjung dan SK Kebun Baru.
Majlis dijangka selesai sekitar jam 05:00 petang.

Monday, 23 April 2012

Sukan Pra Sekolah

Bertempat dipadang SKKM pada tarikh 15 April 2012 telah diadakan satu sukan mini khas untuk Pra Sekolah. Majlis bermula pada jam 9:00 pagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Datuk Haji Nordin Bin Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang. Majlis bermula dengan perarakan masuk kontigen sukan dihadapan dif-dif keheromat, seterusnya majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Puan Khariati, bacaan Doa oleh Ustaz Adzuan Hafiz, seterusnya bacaan Iqrar oleh adik ..( maaf..tak tahu pulak namanya ), seterusnya persembahan ringkas oleh anak-anak didik pra sekolah dengan tarian ayam           ( chicken dance ) dan Malaysia Cergas.

Majlis selesai sekitar jam 1:00 petang.

Gambar-gambar akan menyusul kemudian. Harap maaf kerana masalah internet.

Tahniah..Alfu Mabruk..!!

23 April 2012 - Dataran SKKM

Pihak SKKM dan seluruh warganya mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada adik Alif Farhan dan Farah Aida, kedua-duanya murid tahun 6 Bestari kerana telah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan yang diadakan sempena minggu perkhemahan peringkat negeri yang telah diadakan di Pusat Latihan Ko Kurikulum Kuantan, Pahang pada 15-19 April 2012 baru-baru ini.

Adik Alif Farhan telah menjadi Johan dalam kategori Paint Ball dan Naib Johan dalam kategori Pandu Arah. Manakala adik Farah Aida mendapat Naib Johan di dalam kategori Ikhtiar Hidup.

Ucapan syabas juga diucapkan kepada Jurulatihnya iaitu Cikgu Rasidi kerana berjaya membimbing anak didiknya mengecap kejayaan gemilang dan seterusnya mengharumkan nama SKKM. Tahniah sekali lagi.

( maaf, gambar tidak dapat disertakan kerana masalah line internet terlalu perlahan )

Friday, 6 April 2012

Al Fatihah..

Warga SKKM merakamkan ucapan Takziah kepada Cikgu Shaffei, Guru Besar SK Kg Medan diatas berita pemergian abang kandung beliau pada 5 April 2012. Berita diterima ketika Guru Besar sedang menyampaikan taklimat ketika LADAP sedang dilakukan.

Warga SKKM mengharapkan semoga Cikgu Shaffei tabah, sabar dan redho dengan segala ujian yang diberikan.


Al Fatihah....

Tuesday, 3 April 2012

Sekitar Latihan Kebakaran SKKM

Berikut ialah antara gambar-gambar yang diambil semasa latihan kebakaran dilakukan pada 2 April 2012.


Punca kebakaran dikenal pasti. Siapakah dalang yang berani membakar sekolah kami ini ? Dahlah membakar sekolah, pencemaran alam pulak tu. Mesti Zainal Alam Kadir marah. Tak apa. Detektif Conan sedang menyiasatnya.

Ada yang lari ke kanan. Ada yang lari ke kiri. Salah siapa? Salah siapa?


Masa untuk menyemak kembali. Takut-takut ada yang dah terbakar jadi BBQ.
Sapa takde angkat tangan..? ( biar betul )


Kelihatan dari jauh. Asap kebakaran. Psstt..!! Ada budak cakap. Dah tau dah..Cikgu mesti bakar kat situ punya. Takde tempat lain ker..


Waaahhh..Sempat posing lagi walaupun kebakaran sedang berlaku. Pose istimewa dari orang kantin. Waa.. Kak Mala...Terbakar..Terbakar..


Gambar lokasi secara keseluruhan.

Apa-apa hal.. Tahniah pada Cikgu Roozaimi kerana berusaha menghidupkan aktiviti kebakaran ini. Semoga untuk latihan akan datang lebih mencabar, lebih saspen dan make it real ( macam benar-benar berlaku.)

Monday, 2 April 2012

SKKM terbakar..!!!

Sekitar jam 9:45 pagi tiba-tiba kedengaran bunyi siren menjerit nyaring. Itu bunyi siren menandakan ada kecemasan. Tidak lama kemudian, kelihatan dari jauh di belakang blok baru bangunan D asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang udara SKKM. SKKM Terbakar..!! SKKM Terbakar..!! Kelihatan murid berduyun-duyun keluar daripada kelas bersama dengan guru masing-masing. Ramai yang berlari dalam keadaan tidak tentu arah. Ada yang ke kanan, ada yang kekiri. Ada yang terjatuh akibat terlanggar sesama sendiri. Ramai yang keluar dalam keadaan kelam kabut dan berlari tanpa tujuan. Keadaan agak sedikit cemas. Asap semakin tebal. Menandakan api semakin marak.

Tidak lama kemudian keadaan kembali terkawal, murid berjalan dengan tenang dan perlahan menuju ke padang. Tempat yang sepatutnya berhimpun dan berkumpul apabila ada sebarang kecemasan

Begitulah antara sedikit gambaran bagaimana latihan kebakaran dilakukan jika ditakdirkan berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Semoga dengan serba sedikit latihan ini dapat membiasaan murid dan guru jika berlaku sebarang kecemasan pada masa yang tidak diduga. Ya lah, malang tidak berbau.

Gambar berkaitan akan menyusul kemudian.