derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 2 April 2012

SKKM terbakar..!!!

Sekitar jam 9:45 pagi tiba-tiba kedengaran bunyi siren menjerit nyaring. Itu bunyi siren menandakan ada kecemasan. Tidak lama kemudian, kelihatan dari jauh di belakang blok baru bangunan D asap hitam berkepul-kepul memenuhi ruang udara SKKM. SKKM Terbakar..!! SKKM Terbakar..!! Kelihatan murid berduyun-duyun keluar daripada kelas bersama dengan guru masing-masing. Ramai yang berlari dalam keadaan tidak tentu arah. Ada yang ke kanan, ada yang kekiri. Ada yang terjatuh akibat terlanggar sesama sendiri. Ramai yang keluar dalam keadaan kelam kabut dan berlari tanpa tujuan. Keadaan agak sedikit cemas. Asap semakin tebal. Menandakan api semakin marak.

Tidak lama kemudian keadaan kembali terkawal, murid berjalan dengan tenang dan perlahan menuju ke padang. Tempat yang sepatutnya berhimpun dan berkumpul apabila ada sebarang kecemasan

Begitulah antara sedikit gambaran bagaimana latihan kebakaran dilakukan jika ditakdirkan berlaku kebakaran sebenar di sekolah. Semoga dengan serba sedikit latihan ini dapat membiasaan murid dan guru jika berlaku sebarang kecemasan pada masa yang tidak diduga. Ya lah, malang tidak berbau.

Gambar berkaitan akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini