derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 24 June 2012

Kisah Syaaban


Kisah Si Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."



Israk Mikraj, Syaaban Dan Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..Ahlan Wa Sahlan Ya Syahrul Quran

Rejab telah berlalu, merakamkan peristiwa yang tiada tandingan, dulu, kini dan selamanya. Israk Mikraj. Hasilnya ibadah yang menjadi buah hati Nabi Muhammad S.A.W dan khusus buat umatnya menjadi kenyataan. SOLAT.!!

Jadi tunaikanlah solat.. walau bagaimana keadaan anda dan kita semua sekalipun.

Berita Yang Tertangguh Lagi..

Pembaca setia yang disayangi semua,
Maaf..Maaf..Maaf...Terlalu lama tidak mengupdate sebarang berita dan perkembangan terkini yang berlaku di SKKM.
Bukan malas..bukan tak nak buat..Tapi kekangan masa dan masalah ketiadaan line Internet cukup mengjengkelkan.
Baiklah..ini antara info terbaru yang berlaku di SKKM dalam dua bulan kebelakangan ini. Antaranya :

 Gerak Gempur Solat Tahun 5

Satu program khas dibawah Unit Panitia Pendidikan Islam khusus untuk murid Tahun 5. Mensasarkan kepada kempen kesedaran tentang kepentingan solat. Program bermula jam 6:00 petang dan berakhir jam 10:30 malam. Antara pengisian yang dilakukan ialah Bacaan Mathurat, Yassin dan Ceramah Khas berkaitan Solat yang disampaikan sendiri oleh Guru JQaf SKKM.

 Guru Besar SKKM, Cikgu Syaffei, hadir memberikan nasihat dan pesanan kepada anak-anak murid agar tidak mengbaikan tanggung jawab sebagai seorang Muslim dalam menunaikan Solat.

Jika tiada halangan, mungkin program Gerak Gempur Solat ini akan diperluaskan kepada semua Tahun. Semoga Allah memudahkan.

 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan baru-baru ini di Intekma Resort, Shah Alam. Kehadiran guru memuaskan. Walaupun ada juga yang kesesatan. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Dr Yunus yang merupakan ADUN Sijangkang dan EXCO Kerajaan  Negeri Selangor serta Datuk Nordin, Timbalan YDP PIBG SKKM.

Majlis dimeriahkan dengan tayangan slaid sempena sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diadakan sebelum ini.

Majlis berakhir dengan acara tradisi sama seperti sebelum ini, iaitu cabutan bertuah yang hampir 99% dibolot oleh guru perempuan. ( ini tidak adil !! )


LADAP. Satu majlis peningkatan Profesionalisma Guru telah disampaikan oleh En Zolkafli Bin Tahir, Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti daripada Jabatan Pelajaran Selangor.
Majlis berlansung di Bilik Mesyuarat SKKM.