derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 2 July 2012

Minggu Untuk Bermain

2 Julai 2012, SKKM

Bermula minggu ini sehinggalah 8 Julai 2012 adalah minggu untuk bermain sahaja. Datang sekolah untuk bermain. Tapi jangan salah faham. Bukan bermain untuk main-main. Tapi bermain untuk belajar dan mencari mata kemenangan untuk rumah sukan masing-masing.

Jadi minggu ini adalah minggu sukan. Bermula 2 Julai 2012-Isnin sehingga 4 Julai 2012, diadakan acara sukantara dengan tujuan untuk saringan,penyingkiran dan juga pemilihan. Antara sukan yang dibuat ialah lontar peluru "berpandu", lompat jauh "tapi dekat",lompat tinggi "tinggi sampai pucuk atap" dan lari pecut "sampai kecut".

Pada 5 Julai 2012, akan diadakan raptai penuh majlis sukan yang dijangka berlansung pada 8 Julai 2012, Ahad, 7:00 pagi hingga 1:00 petang.

Selamat bersukan. Dan majulah sukan untuk kesihatan diri. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini