derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 14 July 2012


Pada 14 Julai 2012, Sabtu bertempat di Dewan Wawasan Kg Medan, telah diadakan satu program bertajuk Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang. Program bermula tepat jam 8:50 pagi dengan ceramah pertama disampaikan oleh A.F Us Rahimi Bin Saad yang dijemput khas daripada Universiti Malaya membentangkan tajuk Pengaruh Pemakanan Dalam Pembentukan Sahsiah Anak.

Majlis seterusnya berhenti rehat seketika untuk memberi peluang rehat seketika buat ibu bapa dan para pelajar.
Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah ke dua yang disampaikan oleh A.F Us Ahmad Salehudin Bin Shafie, guru jQaf KPM dengan tajuk Cabaran Mendidik Anak Di Zaman Cyber.
Objektif program diadakan adalah bertujuan memberi panduan, kefahaman, pendedahan, kesedaran dan ilmu kepada para ibu bapa dalam mendidik dan menghasilkan anak yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah cemerlang di akhirat nanti.

Majlis selesai jam 1:00 petang dengan perasmian penutup oleh YB Dr Yunus Bin Hairi. Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap YDP PIBG SKKM.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini