derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 21 July 2012

Tazkirah & Bubur Ramadhan

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ( ketika artikel ini ditulis, dah masuk Ramadhan pun ), Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Guru Kakitangan Sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti bagi memeriahkan lagi suasana Ramadha yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Tahlil Perdana pada 18 Julai 2012, di Surau Al Ghazali Kg Kampung Medan. Majlis bermula selepas tamat sesi persekolahan melibatkan guru-guru yang beragama Islam. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Us Adzuan Hafiz Ahmed ( saya sendiri la ). Seterusnya Solat Zohor berjemaah. Satu peluang yang jarang dilakukan bersama. Alhamdulillah. Penglibatan semua guru sangat menggalakkan.

Seterusnya pada 19 Julai 2012, diadakan aktiviti memasak Bubur Lambur di Bilik Kemahiran Hidup. Mana-mana guru yang berkelapangan ( ramai yang lapang ) dipersilakan hadir membantu sambilmenikmati jamuan percuma, iaitu Port Luck hasil sumbangan pelbagai jenis makanan dan resepi dari semua guru. Kebanyakkannya dari guru perempuan, guru lelaki tukang ngabiskan ajer.

Pada hari yang sama juga, bertempat di Dewan Wawasan, diadakan Program Motivasi UPSR khusus anjuran DUN Sijangkang, dibawah seliaan YB Dr Ahmad Yunus Bin Hairi. Majlis melibatkan penyertaan beberapan sekolah sekitar DUN Sijangkang. Majlis berakhir sekitar jam 5:00 petang.

Pada 20 Julai 2012, diadakan sesi Tazkirah Ringkas Ramadhan khusus buat murid-murid SKKM, di Dataran Perhimpunan SKKM, disampaikan oleh Us Adzuan Hafiz guru JQAF SKKM.

Gambar-Gambar akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini