derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 26 August 2012

Selamat Menyambut Kemerdekaan Semua



Assalammaualaikum..

Pembaca ( guru, anak murid dan ibu bapa serta yang lain-lain ) yang dihormati sekalian.

Tanggal 31 Ogos akan menjelang tidak lama lagi.

Semangat kemerdekaan dijana kembali.

Pastikan kemerdekaan kali ini kemerdekaan yang sebenarnya..

Kemerdekaan dari menjadi hamba kepada manusia kepada..

Kemerdekaan menjadi hamba hanya kepada dan kerana Allah.

Dan itulah kemerdekaan yang sebenarnya.

SELAMAT MERDEKA..!!

Sunday, 19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalammualaikum

Pembaca yang dihormati sekalian.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Berhati-hati di jalan raya.

Jangan dilupakan amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan yang mulia.

Quran jangan dilupa.

Solat Sunat jangan dialpa.

Sedeqah macam biasa. Kalau boleh luar biasa

Sifat Mahmudah terus terpelihara

Semoga berjumpa di Jannah sana.

KULLU AM WA ANTUM BI HAIR

Tuesday, 14 August 2012

Salam pembaca semua.

Ramadhan kini tinggal 4 hari.

Semakin sedikit dan semakin menjauh.

Adakah kita telah mengambil kesempatan tersebut untuk bertaubat?

Atau kita masih lagi leka, alpa dan tidak sedar.

Kalau dosa kita masih tidak diampunkan. Sedangkan Ramadhan kian pergi.

Dan kita tidak pasti dapat bertemu dengannya lagi.

Sempatkah kita?

Rebutlah baki beberapa hari ini sahaja lagi.

Sunday, 5 August 2012

Peristiwa Ramadhan


ANTARA PERISTIWA BESAR YANG BERLAKU DI DALAM BULAN RAMADHAN
 
Assalammaualikum..
Pembaca yang dihormati sekalian..

Alhamdulillah..
Anda sedar atau tidak.. kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan.. Fasa Maghfirah.. Sesi Pengampunan..

Adakah anda / kita semua mengambil kesempatan tersebut?
Kalau JPJ ada hari "pengampunan" dengan mengurangkan bayaran kompaun
Kalau POLIS ada hari "pengampunan" untuk pelbagai kesalahan
Kalau Mahkamah ada hari dan kuasa "pengampunan"
Kalau Hypermarket ada hari "SALE" dan LIMITED TIME ONLY..

Kita berebut dan mengejarnya..
Kita bergegas dengan susah payah
Kita teruja dan EXCITED..

Tapi kenapa semakin akhir Ramadhan kita ini..
Kita semakin layu dan lesu
Kita semakin lemah dan lelah
Kita semakin malas dan culas
Bahkan kita semakin ingkar dan hampir KUFUR..

Tolonglah fiirkan dengan mendalam
Bukan terus tenggelam
Karam..
Dan akhirnya kelam dan PADAM

Pecutlah..
Bangkitlah semula
UNTUK BAKI 15 RAMADHAN INI..

Friday, 3 August 2012

Hebatnya Al Quran..Salam Nuzul Al Quran


Terima kasih sebarkan ilmu ni...boleh kita kongsi

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin

 

Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
 
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
 
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~


Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti…