derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 5 August 2012

Peristiwa Ramadhan


ANTARA PERISTIWA BESAR YANG BERLAKU DI DALAM BULAN RAMADHAN
 
Assalammaualikum..
Pembaca yang dihormati sekalian..

Alhamdulillah..
Anda sedar atau tidak.. kita telah memasuki fasa kedua Ramadhan.. Fasa Maghfirah.. Sesi Pengampunan..

Adakah anda / kita semua mengambil kesempatan tersebut?
Kalau JPJ ada hari "pengampunan" dengan mengurangkan bayaran kompaun
Kalau POLIS ada hari "pengampunan" untuk pelbagai kesalahan
Kalau Mahkamah ada hari dan kuasa "pengampunan"
Kalau Hypermarket ada hari "SALE" dan LIMITED TIME ONLY..

Kita berebut dan mengejarnya..
Kita bergegas dengan susah payah
Kita teruja dan EXCITED..

Tapi kenapa semakin akhir Ramadhan kita ini..
Kita semakin layu dan lesu
Kita semakin lemah dan lelah
Kita semakin malas dan culas
Bahkan kita semakin ingkar dan hampir KUFUR..

Tolonglah fiirkan dengan mendalam
Bukan terus tenggelam
Karam..
Dan akhirnya kelam dan PADAM

Pecutlah..
Bangkitlah semula
UNTUK BAKI 15 RAMADHAN INI..

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini