derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 13 September 2012

Periksa Belum Tamat Lagi..!!


Hari ini hari akhir peperiksaan UPSR 2012.

Tepat jam 4:00 petang adalah detik kemerdekaan yang dinanti-nanti. Merdeka..!! Merdeka..!!

Tapi Oppsss... Nanti dulu.. Masih ada satu lagi peperiksaan yang menanti.

PSRA - Penilaian Sekolah Rendah Agama.

Kalau UPSR dinilai 5 A.

Kalau PSRA MUMTAZ.

Jadi jangan terlalu seronok sangat.

Sikit-sikit boleh la. Malam ni boleh rehatkan minda yang penat selama ini berhempas pulas untuk menjawab soalan.

Bersedia untuk PSRA pula.



Tuesday, 11 September 2012

Hari Pertama UPSR 11 September 2012

Slip maklumat peperiksaan calon. Menandakan anda adalah calon yang sebenar dan layak menduduki peperiksaan UPSR ini.
 Kalau bising jugak, tak tahulah.
 Wajah-wajah yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Sehari sebelum peperiksaan. ( Gambar sebenar hari peperiksaan tidak dibenarkan )
15 Minit sebelum peperiksaan bermula. Selesai amanat dan ucapan dari Guru Besar SKKM, Cikgu Shaffei dan Amanat dari YB Tuan Dr Ahmad Yunus Hairi dan iringan doa menjadi bekalan.

Jawablah dengan baik, tenang dan berdoalah memohon kejayaan dari Nya



Monday, 10 September 2012

Jadual UPSR 2012



Untuk lebh jelas, sila klik di sini

UPSR..Selamat Menjawab Anak-Anak


Kepada semua anak-anak murid di seluruh Malaysia yang akan menghadapi peperiksaan UPSR esok hari..

Tiada apa lagi untuk dikatakan..
Tiada apa lagi untuk dinasihatkan..
Tiada apa lagi untuk berikan..
Tiada apa lagi untuk diajarkan..

Semua telah dikatakan, semua telah dinasihatkan..semua telah diberikan dan diajarkan.

Jawablah dengan tenang, dengan baik dan penuh daya dan usaha.
Insyaallah kejayaan milik anda semua.. AMIN..

Friday, 7 September 2012

Membaca Yasin. Hanya kepada Allah bantuan dipinta
Solat Hajat tidak dilupa.
6 September 2012 SK Kampung Medan.

Bertempat di bilik darjah Tahun 6 yang telah dibuka. Satu majlis khusus telah diadakan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR pada minggu hadapan ( 11 September 2012 ).

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah dipimpin oleh A.F Us Saifol, Imam Masjid Kg Medan. Majlis diraikan dengan kehadiran murid-murid, ibu bapa, penjaga dan guru-guru SK Kg Medan.

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat dilakukan sebagai ikhtiar setelah pelbagai usaha dilakukan selama ini.

Semoga apa yang dihajati dan impikan menjadi kenyataan. Amin.


 Para Ibu yang prihatin menadah tangan, sujud memohon kejayaan bagi anak-anak mereka.

Wednesday, 5 September 2012

Macam-Macam - Murid Buta di SKKM?

Semasa perkhemahan sedang dilansungkan kelihatan seorang murid yang buta sedang tercari-cari tapak perkhemahannya. Setelah disiasat, rupa-rupanya seorang murid yang mengada-ngada jadi buta untuk mengelakkan dirinya daripada memasang khemah.

Nama murid tersebut dirahsiakan atas permintaan beliau sendiri yang tidak mahu dikenali setelah penipuannya berjaya dibongkarkan oleh skuad rahsia 5 Bestari Kg Medan.

KEM WAWASAN PERTIWI 2012

5 September 2012 - Rabu, SK Kampung Medan.

Bertempat dipadang sekolah SK Kg Medan, telah diadakan satu Kem Wawasan Pertiwi anjuran Guru-Guru Pelatih  yang sedang mengikuti Ijazah Lanjutan di Institut Perguruan Islam Bangi dengan kerjasama SK Kg Medan sendiri.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah Pendaftaran Peserta, Senaman Malaysia Cergas, Memasang Khemah, Permainan Luar, Latihan Kembara, Latihan Dalam Kumpulan, Kembara, Persembahan Murid dan juga aktiviti kerohanian.

Perkhemahan bermula 7.15 pagi dan berakhir sekitar jam  6.30 petang.