derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 8 October 2012

Gambar Konvo Tahun 6 SKKM 2012





Peperiksaan Akhir Tahun 2012 SKKM

Asssalammualaikum
Kepada Murid-Murid, Ibu Bapa, Penjaga dan Guru SKKM
Berikut ialah Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun 2012 SK Kg Medan
Harap dapat membantu..


Tuesday, 2 October 2012

SEMINAR PRA UPSR

UPSR baru sahaja selesai.Namun bahangnya mula terasa kembali dengan Seminar Keibubapaan Cemerlang peringkat Sekolah-Sekolah DUN Sijangkang yang diadakan di SK Sijangkang Jaya, khusus bagi mempersiapkan ibu bapa, murid dan guru ke arah UPSR 2013.

Program bertujuan untuk memberikan suntikan motivasi awal kepada para pelajar dan ibubapa untuk menghadapi UPSR pada tahun 2013. 

Seramai 200 orang murid tahun 5 yang merupakan calon pelajar cemerlang UPSR 2013 bersama ibubapa mereka dari 6 buah sekolah di dalam DUN Sijangkang telah menyertai seminar tersebut. 


Program dimulakan dengan ucapan oleh Pn Hjh Foziah binti Mohd Azahari, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah dan disusuli dengan ucapan oleh Dato’ Hj Nordin bin Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang serta perasmian oleh Dato’ Hj Sulaiman bin Karli, Penyelaras Persekutuan Parlimen Kuala Langat. 


Seterusnya, slot motivasi telah dikendalikan oleh Tuan Hj Zailan bin Wagimin, Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Selangor dan disusuli dengan bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris UPSR oleh Cikgu Ranjit Singh dari SK Puchong Perdana yang merupakan penceramah DIDIK Berita Harian. 

Turut hadir ialah Encik Mohammad Yusri bin Dahrumi, Ketua PPPD Pengurusan Akademik dan Tuan Hj Saiful Adli bin Suhadak, Pegawai FasiLINUS  selaku penyelaras program. ( Berita di ambil daripada http://www.moe.gov.my/ppdkualalangat/ )


Antara Murid Tahun 5 SKKM yang menyertai


Murid Tahun 5 SKKM

Guru Penolong Kanan-Puan Rozita ( Kanan ) bersama guru-guru SKKM yang turut hadir