derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 28 November 2012

CUTI..Apa Yang Di Isi

Sudah 20 hari cuti berlalu..
SKKM sunyi..
Tiada hingar bingar..
Bising, gelak tawa,
jeritan disana sini..
Hanya kesunyian...
Cuma kadang kala dibisingkan dengan kehadiran guru yang berselang seli..
Cuma kadang dipecahkan kesunyian dengan bunyi Wak Munawar menyapu sampah dan batuk
yang tidak pernah surut dari Wak Ghaffar..

Wahai anak..
Apa yang kamu telah isi sepanjang cuti ini..?
Apa yang ustaz lihat..Dari dunia maya ini.. Ramai yang tidak tahu berbuat apa..
Hanya membuang masa..
Makan..
Tidur..
Main..Main..Menonton TV..
Merayau..
Ber "FB" sepanjang masa.. Ada yang Ustaz chek..24 jam..namanya still Online.
Termasuk jugak Ustaz..Hehhe..

Fikirlan..buatlan sesuatu yang berfaedah..Antaranya..
Tolong Mak Ayah berniaga..Ada yang Ustaz jumpa..dah bekerja pun..Tahniah..!!
Minta mak ayah hantar ke mana-mana kursus, seminar, kem motivasi, tahfiz.. Kalau berkemampuan..

Tak Tahu nak buat apa.. Ambiklah Quran..
Hafaz surah..

Bukak sekolah nanti Ustaz tanya balik..

Jumpa lagi

Monday, 19 November 2012

Akhirnya keputusan UPSR..

Akhirnya keputusan UPSR 2012, telah diumumkan..
Yang berjaya...Alhamdulillh... Segala puji bagi Allah..
Yang tidak berjaya...
Jangan lemah semangat..
Putus asa..
Menangis..
Menyesal..
atau tidak berbuat apa-apa..

Ini baru permulaan..
Allah tidak zalim membiarkan hamba Nya gagal begitu sahaja..
Tetapi ada hikmah yang perlu dicari semula..

Untuk SKKM... UPSR tahun ini dikatakan yang paling buruk
Hanya 4 calon mendapat 5A dari 109 calon
Selebihnya 4A 1B..4A 1C..yang lain...
Tenggelam timbul

Tiada apa nak dikata..hayatilah kata-kata hikmah di bawah ini, carilah ubat dan penawar di sebaliknya..

 Bersangka baiklah dengan ketetapan dari Allah..

Allah memberikan hanya yang terbaik untuk hamba Nya..

Jika 5 A.. itu yang terbaik Allah berikan..

Jika bukan.. Itu juga yang terbaik Allah berikan

Dan ALLAH Maha Mengetahui..

Kemanisan tidak akan pernah dirasai jika tiada kepahitan

Dengan kepahitan, kita akan mengenal ertinya manisnya

Bersabarlah anak-anak ku semua..

Kegagalan pertama adalah pintu untuk ratusan kejayaan nanti

Hanya Lagu Sebagai Ingatan..

Terimalah lagu ini sebagai Tanda Ingatan..

Tanda ingatan yang kita semua pernah bertemu dan berpisah.


Saturday, 17 November 2012

Sedia Terima Apa Sahaja Keputusan 19hb ini?

 Ok..biasa dengar.. Tapi susah nak buat.. Gagal senang..Nak senang pun senang..

Jadi..apa-apa keputusan.. Kalau bagus Alhamdulillah... Kalau sebaliknya.. Ingat kata-kata sebelah ni.. Dan satu lagi.. Ingat..!! ALLAH terlalu BIJAKSANA ketika menjadikan makhluknya...

Dan Allah telah menjadikan anda..tentu ada sesuatu yang BIJAKSANA pada diri anda.



Cuba google..cari berita tentang orang-orang ini..
Bill Gates
Steve Jobs
Boon Siew Honda
Abraham Lincon
dan ramai lagi la...

Semuanya pernah gagal dulu.. Baru berjaya

Mungkin anda pula selepas ini... Mana tahu..!!


 Dan..biasalah.. Kesusahan adalah nikmat.. Jika tidak pernah merasa kesusahan.. Mana datangnya rasa nikmat..

Cuma ketika menghadapi kesusahan.. Ubat terbaik adalah kembali kepada ALLAH
Haaa.. yang ni lain..takde kena mengena..Cuma aku sahaja yang tahu.. Dan bagi sesiapa yang ada kaitan dengannya..

Boring Can Make Anything Happen!!!

Thursday, 15 November 2012

Pertemuan dan Perpisahan Cikgu Rasidi

Cikgu Rasidi
8 November 2012..
Dewan Wawasan Kampung Medan
3:00 petang..

SKKM telah kehilangan lagi seorang guru yang cukup berwibawa, cukup baik, berdedikasi dan terlalu banyak memberikan jasa dan bakti ke SKKM selama ini.

Selama ini kita dihiburkan dengan suaranya mengajar, mendidik dan mencurahkan segala ilmu di dada bukan sahaja kepada anak murid tercinta, bahkan mencurahkan pengalaman yang tidak ternilai buat sahabat-sahabat yang masih mentah dalam dunia pendidikan.

Kini beliau pergi dan mencurahkan khidmat bakti ditempat lain..Nun jauh di Perak kembali ke kampung asalnya..

Terima Kasih Cikgu Rasidi, kau bukan sahaja cikgu kepada anak didik di SKKM ini, tetapi cikgu kepada cikgu di sini

Tahun 2013 akan hadir tanpa kehadirannya lagi..

Selamat Maju Jaya..

Dan Terima Kasih tidak terhingga..

Dari Kami

Warga SKKM

Wednesday, 14 November 2012

Laporan Bergambar Kebakaran

Berikut ialah antara gambar-gambar aktiviti kebakaran yang diambil sebelum cuti sekolah.. 
Tarikhnya..hmm..tak ingat lak..Tapi yang pasti..
Buat kat sekolah..
dipadang sekolah
waktu siang..
pagi lagi rasanya..
semua makhluk kat SKKM terlibat..
Dan dalam tahun ni juga..2012..


Sebaik terdengar siren amaran...semua murid bergegas menuju ke tapak selamat di tengah padang yang telah ditentukan.

Ha..gambar sebelah ni..Bukan paling awal..Ni mangsa kebakaran..ZOMBIE la kiranya ni

Semua murid dihimpun dan dikumpulkan ditengah padang sekolah bersama guru, murid, pentadbir, tukang segala tukang termasuk orang kantin..Kalau ada pelawat mak bapak sekalipun semua kena berhimpun

Guru sedang menge"chek" kalau ada murid yang hangus..

 Taklimat sebelum aktiviti kebakaran dilakukan..

"Ingat adik-adik..api masa kecil jadi kawan..Bila besar jadi..."

" jadi Ultraman API..."jerit murid-murid



Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membakar..
1. Satu tong petrol RON 97
2. Satu Tong Diesel RM1.80
3. Air SYABAS setengah tong drum
4. Kayu pencucuh







Selamat Bercuti....

Salam Semua..
Malas nak cakap banyak..
Us pun nak bercuti..
Jadi..pandai-pandailah menyusun waktu dalam cuti ini dengan melakukan aktiviti yang berfaedah..bukan aktiviti yang buat orang
menyampah
marah
naik darah
atau 
mentekedarah...

Selamat Bercuti..

Wednesday, 7 November 2012

Sekitar Rombongan Ke Melaka

Berita Terlepas.

Pada 2 dan 3 November lepas, telah diadakan Rombongan dan lawatan ke Negeri yang dikatakan kalau anda melawatnya, bermakna anda telah melawat Malaysia keseluruhannya, iaitu Negeri Melaka.

Rombongan yang melibatkan majoriti murid Tahun 6 bersama beberapa murid Tahun 5 yang diimport khas ( kerana ramai murid Tahun 6 sendiri yang tak mahu pergi, katanya " alah Melaka jer.. apa klas..." itu kata-kata yang sempat didengar.

Namun ada juga yang teringin sangat nak pergi, tapi dihalang oleh kuasa veto ibu dan bapa masing-masing. Nak buat camna, tunggu korang kahwin la baru boleh jalan jawabnya.

Baiklah, antara tempat yang dilawati Planeterium di MITC, best jugak, kalau dapat bawak sebiji balik ke rumah, mahu sebulan tak keluar rumah.


Selepas itu bersiar-siar di Bandar Hilir, disini murid-murid dipisahkan mengikut kumpulan. Maka berjalanlah kumpulan masin-masing. Ada murid yang mengikut cikgu, ada yang cikgu mengikut murid, ada yag murid cari cikgu dan cikgu yang cari murid. Alhamdulillah, semua selamat.

Cuma yang kurang best sikit, hujan, tak boleh nak posing lebih-lebih. Banyak berlari dalam hujan, sambil bergambar.


Selesai berjalan di Bandar Hilir, singgah menunaikan suruhan Ilahi dengan solat Jamak di Masjid Pulau Melaka. Hmm..best jugak masjidnya, terapung tepi laut, sambil disapu muka oleh angin laut.

Selepas itu bertolak ke rumah penginapan. Yang lelaki dapat Rumah Banglo 2 tingkat, yang perempuan dapat Rumah Teres setingkat. Nasib la. Best jugak rumah besar. Tapi tido atas lantai jer..

Malamnya, diteruskan dengan perjalanan menyusuri sungai Melaka dengan menaikki River Cruise. Dan agak mengujakan juga ( ya ke..? ) bertembung dengan rombongan Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen, apa lagi, kita orang jerit la 1 Malaysia..1 Malaysia. Mana tahu dapat naik bot free.

Ok la.. nak tahu citer dan gambar yang lebih banyak lagi...sila dapatlan daripada Us Azwan...

Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan. Ewah..Farid bukan main lagi ko

Hari Kualiti SKKM 2012


Ketibaan Pen.Peg.PPD Kuala Langat, En Saadon B Marban, disambut dengan paluan kompang

7 November 2012, Rabu, Dewan Wawasan Kg Medan. Telah diadakan Majlis Hari Kualiti, iaitu hari penyampaian hadiah penghargaan, hadiah galakan dan hadiah Anugerah Khas bagi murid-murid yang menunjukan prestasi dan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun ko kurikulum.

Ucapan daripada YB Dr Yunus Bin Hj Hairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Majlis bermula jam 8:00 pagi dengan kehadiran YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hj Hairi, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap YDP PIBG SKKM, Timb. YDP PIBG Dato' Nordin Bin Selamat dan juga wakil daripada PPD Kuala Langat, En Saadon Bin Marban.

Pasukan Kompang sekolah, yang sudah kemerah-merahan tangan bermain kompang

Pasukan Kompang yang diimport khas dari Afghanistan.
Antara kategori hadiah yang diberikan ialah Kedudukan Dalam Kelas Terbaik, Hadiah 10 Kedudukan Terbaik, Hadiah Matapelajaran Terbaik,, Penghargaan bagi Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas dan Pustakawan, Pembaca Doa, Kehadiran Terbaik, Hadiah Khas Qari Junior, Anugerah NILAM, Penghargaan Cemerlang Kurikulum, Tokoh Ko Kurikulum, Tokoh Harapan Ko Kurikulum, Pengawas Dedikasi, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Murid serta Anugerah Tokoh Pelajar 2012.

Tokoh Murid 2012, Nur Diyana Qistina bersama dayang-dayangnya.
Untuk tahun 2012, Anugerah Tokoh Pelajar telah di diberikan kepada Nur Diyana Qistina Bt Khairil Anuar, murid 6 Bestari.

Persembahan Murid Tahun 3
Permsebahan murid Tahun 2, Tarian Tradisional

Persembahan Kalam Jamaie dari murid Tahun 4

Cikgu Yahya bersama anak-anak lebah dan pokoknya
Majlis turut diserikan dengan 3 persembahan, antaranya Action Song dari murid Tahun 3, Tarian Tradisional, murid Tahun 2 dan Kalam Jamaie, dari murid Tahun 4.

Majlis tamat sekitar jam 11:30 pagi.