derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 19 November 2012

Akhirnya keputusan UPSR..

Akhirnya keputusan UPSR 2012, telah diumumkan..
Yang berjaya...Alhamdulillh... Segala puji bagi Allah..
Yang tidak berjaya...
Jangan lemah semangat..
Putus asa..
Menangis..
Menyesal..
atau tidak berbuat apa-apa..

Ini baru permulaan..
Allah tidak zalim membiarkan hamba Nya gagal begitu sahaja..
Tetapi ada hikmah yang perlu dicari semula..

Untuk SKKM... UPSR tahun ini dikatakan yang paling buruk
Hanya 4 calon mendapat 5A dari 109 calon
Selebihnya 4A 1B..4A 1C..yang lain...
Tenggelam timbul

Tiada apa nak dikata..hayatilah kata-kata hikmah di bawah ini, carilah ubat dan penawar di sebaliknya..

 Bersangka baiklah dengan ketetapan dari Allah..

Allah memberikan hanya yang terbaik untuk hamba Nya..

Jika 5 A.. itu yang terbaik Allah berikan..

Jika bukan.. Itu juga yang terbaik Allah berikan

Dan ALLAH Maha Mengetahui..

Kemanisan tidak akan pernah dirasai jika tiada kepahitan

Dengan kepahitan, kita akan mengenal ertinya manisnya

Bersabarlah anak-anak ku semua..

Kegagalan pertama adalah pintu untuk ratusan kejayaan nanti

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini