derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 7 November 2012

Hari Kualiti SKKM 2012


Ketibaan Pen.Peg.PPD Kuala Langat, En Saadon B Marban, disambut dengan paluan kompang

7 November 2012, Rabu, Dewan Wawasan Kg Medan. Telah diadakan Majlis Hari Kualiti, iaitu hari penyampaian hadiah penghargaan, hadiah galakan dan hadiah Anugerah Khas bagi murid-murid yang menunjukan prestasi dan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun ko kurikulum.

Ucapan daripada YB Dr Yunus Bin Hj Hairi, EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Majlis bermula jam 8:00 pagi dengan kehadiran YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hj Hairi, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap YDP PIBG SKKM, Timb. YDP PIBG Dato' Nordin Bin Selamat dan juga wakil daripada PPD Kuala Langat, En Saadon Bin Marban.

Pasukan Kompang sekolah, yang sudah kemerah-merahan tangan bermain kompang

Pasukan Kompang yang diimport khas dari Afghanistan.
Antara kategori hadiah yang diberikan ialah Kedudukan Dalam Kelas Terbaik, Hadiah 10 Kedudukan Terbaik, Hadiah Matapelajaran Terbaik,, Penghargaan bagi Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas dan Pustakawan, Pembaca Doa, Kehadiran Terbaik, Hadiah Khas Qari Junior, Anugerah NILAM, Penghargaan Cemerlang Kurikulum, Tokoh Ko Kurikulum, Tokoh Harapan Ko Kurikulum, Pengawas Dedikasi, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Murid serta Anugerah Tokoh Pelajar 2012.

Tokoh Murid 2012, Nur Diyana Qistina bersama dayang-dayangnya.
Untuk tahun 2012, Anugerah Tokoh Pelajar telah di diberikan kepada Nur Diyana Qistina Bt Khairil Anuar, murid 6 Bestari.

Persembahan Murid Tahun 3
Permsebahan murid Tahun 2, Tarian Tradisional

Persembahan Kalam Jamaie dari murid Tahun 4

Cikgu Yahya bersama anak-anak lebah dan pokoknya
Majlis turut diserikan dengan 3 persembahan, antaranya Action Song dari murid Tahun 3, Tarian Tradisional, murid Tahun 2 dan Kalam Jamaie, dari murid Tahun 4.

Majlis tamat sekitar jam 11:30 pagi.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini