derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 7 November 2012

Sekitar Rombongan Ke Melaka

Berita Terlepas.

Pada 2 dan 3 November lepas, telah diadakan Rombongan dan lawatan ke Negeri yang dikatakan kalau anda melawatnya, bermakna anda telah melawat Malaysia keseluruhannya, iaitu Negeri Melaka.

Rombongan yang melibatkan majoriti murid Tahun 6 bersama beberapa murid Tahun 5 yang diimport khas ( kerana ramai murid Tahun 6 sendiri yang tak mahu pergi, katanya " alah Melaka jer.. apa klas..." itu kata-kata yang sempat didengar.

Namun ada juga yang teringin sangat nak pergi, tapi dihalang oleh kuasa veto ibu dan bapa masing-masing. Nak buat camna, tunggu korang kahwin la baru boleh jalan jawabnya.

Baiklah, antara tempat yang dilawati Planeterium di MITC, best jugak, kalau dapat bawak sebiji balik ke rumah, mahu sebulan tak keluar rumah.


Selepas itu bersiar-siar di Bandar Hilir, disini murid-murid dipisahkan mengikut kumpulan. Maka berjalanlah kumpulan masin-masing. Ada murid yang mengikut cikgu, ada yang cikgu mengikut murid, ada yag murid cari cikgu dan cikgu yang cari murid. Alhamdulillah, semua selamat.

Cuma yang kurang best sikit, hujan, tak boleh nak posing lebih-lebih. Banyak berlari dalam hujan, sambil bergambar.


Selesai berjalan di Bandar Hilir, singgah menunaikan suruhan Ilahi dengan solat Jamak di Masjid Pulau Melaka. Hmm..best jugak masjidnya, terapung tepi laut, sambil disapu muka oleh angin laut.

Selepas itu bertolak ke rumah penginapan. Yang lelaki dapat Rumah Banglo 2 tingkat, yang perempuan dapat Rumah Teres setingkat. Nasib la. Best jugak rumah besar. Tapi tido atas lantai jer..

Malamnya, diteruskan dengan perjalanan menyusuri sungai Melaka dengan menaikki River Cruise. Dan agak mengujakan juga ( ya ke..? ) bertembung dengan rombongan Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen, apa lagi, kita orang jerit la 1 Malaysia..1 Malaysia. Mana tahu dapat naik bot free.

Ok la.. nak tahu citer dan gambar yang lebih banyak lagi...sila dapatlan daripada Us Azwan...

Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan. Ewah..Farid bukan main lagi ko

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini