derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 27 December 2012

Mesyuarat Guru SKKM Kali Pertama sesi 2013



 
26 Disember 2012, Rabu - Bilik Mesyuarat Utama

Tepat jam 8:59 minit pagi, dengan kehadiran seramai 54 guru ( yang dapat dikesan ), telah diadakan Mesyuarat Guru kali pertama untuk sesi 2013, yang rasanya kebanyakkan sekolah seluruh negara  ( mungkin dunia ) mengadakannya juga pada hari yang sama.

Antara agenda yang menjadi perbicangan hangat mesyuarat tersebut ialah ucapan dasar dan amanat presiden parti ( guru besar ) tentang masalah, cabaran, hala tuju, misi, visi dan tindakan-tindakan yang perlukan dilakukan oleh semua guru SKKM bagi mendepani tahun 2013 yang disebut2 bermulanya cabarannya sebenar.

Antara yang sempat ditangkap dan difahami ialah gelombang ketiga..eh..ke tiga gelombang..dan yang lain..nanti tanya SU..( sebab dia banyak mencatat )

Seterusnya ucapan dan taklimat oleh GPK Pentadbiran..Seterysnya GPK Hem..Seterusnya GPK Kokurikulm..Seterusnya Taklimat bayaran Yuran PIBG..Seterysnya Taklimat Orientasi Tahun 1..Dan baru habis..Mesyuarat bermula jam 8:59 pagi..dan tamat jam 1:30 petang..Antara yang paling singkat..

Maaf..kepala agak pening..ayatnya pun ntah apa2..maklumlah..keluar rumah dari Sabak Bernam jam 5:30 pagi..sampai x sarapan..terus meeting..habis 1:30 terus balik semula ke Sabak Bernam..Jam 5:00 petang baru sampai..Mabuk..Mabukk 

Monday, 24 December 2012

Terkini SKKM..

Assalammuaalaikum

Makluman untuk semua tenaga pengajar / pendidik SKKM, berikut ialah antara aktiviti dan kerja yang perlu dilakukan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula pada 2 Januari 2013 ini, antara yang terdekat ialah :

25hb Disember 2012 - Selasa - Cuti Krismas. Semua orang tahu.
26hb Disember 2012 - Rabu - Mesyuarat Guru SKKM ( Semua yang bergelar guru ya )
27hb Disember 2012 - Khamis - Hari Pembayaran Yuran Sekolah SKKM
28hb Disember 2012 - Jumaat - Mesyurat Unit Kurikulum SKKM
29hb Disember 2012 - Sabtu - Taklimat Murid Tahun 1 SKKM sesi 2013

Sekian untuk makluman dan tindakan kita semua.