derma

SELAMAT MENJALANI UJIAN UPSR DAN PSRA 2014.INSYAALLAH KEJAYAAN MILIK ANDA SEMUA.AMIN

Saturday, 25 February 2012

Mesyuarat Agung PIBG

Hari ini 25 Febuari 2012, bertempat di Dewan Wawasan Kg Medan, bermula jam 2:30 petang, satu pertemuan dan Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Tuan Dr Yunus Bin Hairi, YDP PIBG, Yang Berbahagia Dato' Haji Nordin Bin Haji Selamat, Naib YDP PIBG, Dirasmikan oleh Encik Zulkefli Bin Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Pengurusan Pembangunan & Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.

Antara tentatif majlis ialah penyampaian hadiah galakan bagi murid yang mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR 20111 dan juga penghargaan kepada para ibu bapa yang cemerlang.

Majlis berjalan lancar, sehingga sekitar jam 4:00 petang, awan mula gelap dan disertai angin kencang dan sedikit ribut petir menyebabkan bumbung bangunan yang menempatkan pejabat Guru Besar musnah diterbangkan angin.

Majlis berjalan lancar kembali, dan mesyuarat Agung PIBG dimulakan. YDP PIBG SK Kg Medan tetap mengekalkan dan menyokong YB Dr Ahmad Yunus Bin Hairi bagi meneruskan khidmat sebagai YDP PIBG SK Kg Medan.

Gambar-gambar akan menyusul pada akan datang

Saturday, 11 February 2012

Selamat Hari Jadi Wahai Kekasih..

Ya Allah..Ampunkan dan Maafkan hamba Mu yang alpa dan lalai ini.

Pembaca yang dihormati sekalian, alhamdulillah masih belum terlambat untuk ustaz mengucapkan Salam Maulidur Rasul, iaitu salam bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar kekasih Ummah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Terasa bersalah kerana terlewat menukilkan ucapan ini untuk semua.

Tapi kalaulah Nabi Muhammad masih hidup lagi, bukan ini yang Baginda inginkan, diingati, diraikan, diarak, dikompang,di"happy birthday"kan dan sebagainya. Tapi apa yang baginda inginkan ialah..

Kamu ikut tak sunnah-sunnahku..?
Kamu buat tak apa yang Allah dan aku suruh..?
Kamu tinggalkan tak apa yang Allah dan aku larang..?

Ya Allah.. Rasa bersalah sangat..
Rasa menipu sangat..
Rasa hipokrit sangat..

Malunya kalaulah Nabi ada sekarang..
Malunya kalau Nabi tengok apa yang kita buat sekarang..

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk mengikut jejak langkah dan segala apa yang diperintahkan baginda. Amin.. Insya'allah

Friday, 10 February 2012

Akhirnya...


10 Febuari 2012 Bilik Makmal SKKM

Hari ini tamatlah dan selesailah perjuangan pasukan Bola Tampar Daerah Kuala Langat setelah berlatih dan berhempas pulas beberapa minggu lamanya, setelah berlawan dan berentap selama 2 hari pada 8 dan 9 Febuari 2012 di Dewan SJKC Selayang Baru, akhirnya kemenangan tidak menyebelahi Daerah Kuala Langat, walaubagaimanapun para pemain telah menunjukkan perlawanan yang menarik, terus melawan dan memberikan persaingan, takdelah "mati katak" begitu sahaja.

Untuk makluman antara daerah yang ditentang ialah Daerah Petaling Perdana, Daerah Gombak, Daerah Sabak Bernam dan Daerah Hulu Selangor.

Dan untuk makluman juga, SKKM telah menghantar 2 wakilnya iaitu adik Aidil Aiman dan adik Eiman Shah, murid Tahun 6.

Para pemain telah bermain sebaiknya, tetapi mungkin masih tiada rezeki untuk Daerah Kuala Langat merangkul kejohanan kali ini, diharap pada masa-masa akan datang Daerah Kuala Langat akan menjadi juara baru Bola Tampar nanti, Insya'Allah.

Dan tidak dilupa terima kasih kepada semua Guru Pengiring Cikgu Zailan, Ketua Jurulatih Cikgu Saiful, Pengurus Cikgu Fitri dan Cikgu-Cikgu Perempuan, aisey, tak ingat nama la pulak. Jangan serik untuk terus menabur khidmat bakti, walaupun terpaksa tidur 16 orang "sebilik".

Komen :

Fuhhh..!! Selesai akhirnya.. Tak sabar nak ngajor balik

Wednesday, 1 February 2012

Berita Bola Tampar

Catatan Bola Tampar SKKM

30 Januari 2012, telah berlansung perlawanan Bola Tampar peringkat sekolah di SK Bukit Changgang. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Kg Medan, SK Sijangkang Jaya, SK Kebun Baru, SK Telok Panglima Garang, SK Kanchong Darat, SK Sungai Kelambu, SK Sungai Lang, SK Bandar Banting, SK Bukit Changgang dan SK RTB Bukit Changgang. Perlawanan bermula jam sekitar 9:00 pagi dan berakhir sekitar jam 05:00 petang. Johan telah dimenangi oleh SK Bandar Banting, diikuti Naib Johan SK Sijangkang Jaya, manakala tempat ketiga dikongsi bersama diantara SK Kg Medan dan SK Bukit Changgang.

Komen :

Tahniah kepada SK Sijangkang Jaya dan SK Kg Medan walaupun tidak menjadi Johan, namun berjaya memecahkan tembok mental dan tradisi selama ini, bahawa SK lain juga boleh menggugat dan mengalahkan SK lain yang dikatakan hebat selama ini.

Dan Tahniah..Tahniah buat SKKM kerana berjaya mengalahkan

1.SK Sg Kelambu 2-0

2.SK Telok Panglima Garang 2-0

3. SK Kanchong Darat 2-0

4. SK Bukit Changgang 2-0


31 Januari 2012 – Hari ini berlansung sesi saringan untuk memilih pemain-pemain terbaik bagi mewakili Daerah Kuala Langat, sesi latihan keras dan pelbagai teknik permainan Bola Tampar yang sebenar telah didedahkan bagi memantapkan lagi para pemain. Selama ini bagi pemain mungkin hanya beranggapan main pukul saja, janji masuk. Tapi kali ini,setiap pukulan ada misi, visi dan hala tujunya. Bukan main tampar sajee.. Dan tahniah sekali lagi bagi yang telah terpilih mewakili peringkat Daerah Kuala Langat.

Komen :

Dan bagi guru pula, nampaknya kena jadi supir la lagi..Kesiannn..Terpaksa berhutang nak bayar duit minyak dan makan anak orang. Dapatnya bila…Ntahhh..

1 Febuari 2012 – Dewan Besar Kuarters KLIA. Hari ini latihan intensif diteruskan dengan dibuat di dewan pula. Memang besar, lengkap dan pelbagai kemudahan asas disediakan. Latihan bermula agak lewat kerana masalah “orang tu tunggu orang ni, dan orang ni tak tahu nak pergi sendiri, jadi terpaksa orang tu dan orang ni sama-sama gi lewat”. Dengan segala kemudahan yang ada dan diberikan, dapat menyuntik semangat dan keazaman yang membara untuk berjaya pada 8 Febuari nanti.

Komen :

Ustaz dulu dan kengkawan yang lain, takde berlatih macam ni, jadi johan gak. Tapi johan kampong je la. Untung korang..!!