derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 12 January 2013

Program Anak Ku Cemerlang


Dewan Wawasan, Kg.Medan : Membuka tirai 2013, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKKM, pihak sekolah telah melancarkan gerak gempur UPSR yang pertama bagi sesi 2013 ini dengan mengadakan Program Anak Ku Cemerlang.

Program yang ditujukan khusus buat ibu bapa dan penjaga serta murid-murid SKKM ini adalah bertujuan memberikan kesedaran, membangkitkan semangat, menunjukkan jalan, memberikan cara dan meniupkan roh juang yang tinggi, membara dan terus menyala bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013 pada tahun ini.

Tentatif program dimulakan dengan bacaan Doa yang disampaikan oleh A.F Us Adzuan Hafiz Ahmed, Ucapan Guru Besar SKKM, Tuan Haji Shaffei Bin Mohamad, Ucapan YDP PIBG SKKM, YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, penyampaian vest kepada murid-murid yang dijangka mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR 2013 nanti.

Seterusnya, ceramah Motivasi Keibubapaan yang  disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik PPD Kuala Langat, En Mohamad Yusri Bin Haji Dahrumi.

Majlis seterusnya adalah taklimat Pengurusan Akademik yang disampaikan oleh Puan Rohasimah Bt Abd Rashid dan Taklimat Kelas Bimbingan oleh Puan Norhani Bin Darmawi.

Dan majlis diakhiri dengan sesi dialog bersama ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama barisan pentadbir SKKM dan guru-guru Tahun 6.

Gambar-gambar berkaitan akan menyusul kemudian. Insyallah.

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah..!!

Assalammualaikum Anak-Anak..
Para Guru dan Semua Kakitangan SKKM 2013..

Nothing to say..Just want to Say..

WELCOME BACK TO SCHOOL..2013..

AHLAN WA SAHLAN ILA MADRASATINA AM 2013..KULLU AM WA ANTUM BIHAIR




Hari Orientasi Murid Tahun 1

29 Disember 2012, Balai Serbaguna SKKM

Pada hari ini telah diadakan Hari Orientasi Murid Tahun 1 SKKM bagi sesi 2013. Seawal jam 8:00 pagi telah ramai ibu bapa / penjaga yang hadir bersama dengan anak masing-masing bagi proses pendaftaran dan pengesahan bagi sesi persekolahan 2013 yang akan bermula pada 2 Januari 2013 ini.

Antara tentatif pada hari tersebut ialah Ucapan dan Taklimat oleh Guru Besar SKKM, En Shaffei B Mohamed, Taklimat Hal Ehwal Murid oleh Puan Zaleha Bt Mohd Khalil, Taklimat KSSR dan PBS oleh Puan Ummi Fitriah Bt Awang dan juga Taklimat JQAF oleh Us Adzuan Hafiz Ahmed.

Murid-murid yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing telah dibawa masuk ke kelas masing-masing dan juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah bagi membiasakan diri dengan suasana persekitaran sekolah yang akan dihadapi nanti.

Majlis berlansung dengan baik, walaupun banyak terdapat persoalan yang diajukan oleh Ibubapa dan penjaga berkaitan isu KSSR dan juga PBS.

Berikut ialah antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari Orientasi dilakukan.

 Taklimat sedang disampaikan oleh Guru Besar SKKM, Cikgu Shaffei.
 Murid diasingkan daripada ibubapa untuk sesi lawatan ke kelas dan sekitar kawasan sekolah. Juga mengenal guru kelas masing-masing
Ha..inilah namanya kantin. Tempat kamu semua akan makan-makan nanti.