derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 12 January 2013

Program Anak Ku Cemerlang


Dewan Wawasan, Kg.Medan : Membuka tirai 2013, Sekolah Kebangsaan Kampung Medan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKKM, pihak sekolah telah melancarkan gerak gempur UPSR yang pertama bagi sesi 2013 ini dengan mengadakan Program Anak Ku Cemerlang.

Program yang ditujukan khusus buat ibu bapa dan penjaga serta murid-murid SKKM ini adalah bertujuan memberikan kesedaran, membangkitkan semangat, menunjukkan jalan, memberikan cara dan meniupkan roh juang yang tinggi, membara dan terus menyala bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013 pada tahun ini.

Tentatif program dimulakan dengan bacaan Doa yang disampaikan oleh A.F Us Adzuan Hafiz Ahmed, Ucapan Guru Besar SKKM, Tuan Haji Shaffei Bin Mohamad, Ucapan YDP PIBG SKKM, YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, penyampaian vest kepada murid-murid yang dijangka mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR 2013 nanti.

Seterusnya, ceramah Motivasi Keibubapaan yang  disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik PPD Kuala Langat, En Mohamad Yusri Bin Haji Dahrumi.

Majlis seterusnya adalah taklimat Pengurusan Akademik yang disampaikan oleh Puan Rohasimah Bt Abd Rashid dan Taklimat Kelas Bimbingan oleh Puan Norhani Bin Darmawi.

Dan majlis diakhiri dengan sesi dialog bersama ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama barisan pentadbir SKKM dan guru-guru Tahun 6.

Gambar-gambar berkaitan akan menyusul kemudian. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini