Assalammualaikum..
Warga SKKM, guru-guru, anak-anak dan ibu bapa semua..
Maaf..terlalu lama tidak mengemas kini blog SKKM...
Inilah cabaran terbesar..
Membuat sebuah blog sangat mudah..Hanya beberapa minit..
Tetapi untuk mengemas kini.. Sangat melelahkan..
Disini dipaparkan beberapa peristiwa yang telah berlaku di SKKM sepanjang Bulan Januari, Febuari 2013 ini untuk makluman dan maklumat anda semua..
Kalau tak tersusun..Harap maaf.. Sambil Update ni..sambil menanda buku.. sambil buat RPH.. Sambil menukang dan sambil sambil yang lain.. Maaf..
Silakan..
Peristiwa Bulan Febuari
Program Menggapai Impian UPSR 2013
Dibuat di Dewan Peperiksaan Tahun 6 pada 27 Febuari 2013. Bermula jam 8:00 pagi sehingga 12:55 tengahari.
Kem Bestari Solat Tahap 1 dan 2
23 Febuari 2013-Sabtu, bertempat di Surau, Balai Serbaguna, Pusat Sumber dan Bilik Tahun 3 SKKM, telah diadakan Kem Bestari Solat Buat Kali Pertama Sesi 2013 ini melibatkan murid-murid Tahun 1,2,3,4 dan 5.
Pelbagai Aktiviti Ibadah dilakukan, antaranya Pengenalan Wudhu, Solat, Bacaan Dalam Solat, Syarat Wajib dan Sah Solat serta Tayamum.
Murid Tahun 1 - Aktiviti Pengenalan Wudhu dibuat di Surau SKKM.
Seronok muka ditaouch up semasa Tayamum.
Cahaya Keimanan terpancar selepas melakukan amali Tayamum. Berkesan serta merta
Program Anti Dadah Peringkat SKKM
Bermula 18 Febuari sehingga 20 Febuari 2013, telah diadakan Program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Antara Aktiviti yang diadakan ilah Slot Ceramah Anti Dadah yang telah disampaikan sendiri oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cabang Kuala Langat yang bertempat di Dewan Wawasan Kampug Medan melibatkan murid-murid Tahap 2.
Selain itu turut diadakan pertandingan mewarna dan melukis poster anti dadah.
Jom Datang Awal Ke Sekolah
Bermula awal Febuari 2013, telah dilancarkan program Jom Datang Awal ke sekolah yang telah dirasmikan Guru Besar SKKM sendiri, En Shaffei Bin Mohamad.
Tujuan Program adalah untuk memberi galakan dan ransangan kepada murid agar dapat datang awal ke sekolah tepat pada waktunya.
No comments:
Post a Comment
Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini