derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Sunday, 31 March 2013

Mesyuarat PIBG

Dewan Wawasan, Kg Medan -
31 Mac 2013,

Bertempat di Dewan Wawasan Kg Medan, bermula jam 8:30 pagi telah diadakan satu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33 yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkifli dari Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kuala Langat. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Tuan Dr Ahmad Yunus Bin Haji Hairi sebagai YDP.

Majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis yang disampaikan oleh Cikgu Fakhrudin, Bacaan Doa oleh Us Adzuan Hafiz, ucapan Guru Besar SKKM, Cikgu Syaffei Bin Mohamad, Ucapan Yang Dipertua PIBG, YB Dr Ahmad Yunus Bin Hairi.

Majlis seterusnya adalah penyampaian hadiah galakan kepada bekas-bekas murid SKKM sesi 2012 yang mendapat 5A dalam peperiksaan USPR tahun lepas.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi mesyuarat, pembubaran dan perlantikan AJK bagi sesi baru 2013/2014.


Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Zulkefli, dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.
 Penyampain hadiah kepada bekas pelajar SKKM 2012 yang mendapat 5A. Tapi satu dikesalkan. Tiada yang mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar mereka. Dimana salah silapnya?
 Mesyuarat PIBG kali ke 33 sedang dilansungkang. Banyak persoalan dan idea yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga demi kebaikkan PIBG SKKM sendiri.
 Cabutan bertuah..
Antara penjaga yang bertuah mendapat cabutan hadiah bertuah sebuah basikal. Jimat RM200 nak beli yang baru.
Antara guru yang bertuah..Cikgu Rosdi..Berjaya mendapat sebuah basikal hasil cabutan bertuah.

Kata beliau, selepas ini beliau akan ke sekolah dengan menaikki basikal. Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini