derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Tuesday, 21 May 2013

Berita Yang Tertunggak

Assalammualaikum pembaca setia sekalian.
Maaf..Maaf..Maaf..Terlalu lama rasanya tidak mengemas kini Blog SKKM ini.
Masih mencari semangat.Ia hilang semenjak dua menjak ini.

Oleh itu banyak berita dan maklumat terkini dari SKKM yang tidak dikemas kini.
Untuk makluman..Blog SKKM yang terbaru, tercanggih dan terbaik sedang diusahakan. Doakan..

Sedang mempelajari dan terus mempelajarinya..

Untuk itu, terimalah dahulu apa yang ada..Dan ini berita yang tertunggak..

SAMBUTAN HARI GURU
16 MEI 2013, KHAMIS, SKKM

Pada 16 Mei yang disambut diseluruh alam semesta, maka begitu juga di SKKM diadakan sambutan hari guru yang bermula dengan perhimpunan di Dataran Kemerdekaan SKKM. Murid-murid diberikan taklimat ringkas apa yang akan berlaku dan dilakaukan pada hari ini.

Tepat jam 7:37 pagi, murid-murid digerakkan ke tempat yang tidak asing lagi, iaitu Dewan Wawasan SKKM untuk acara seterusnya. Apa-apa hal..Lihat dulu gambar-gambar yang ada..

Macam biasa, beratur dahulu di Dataran Kemerdekaan SKKM
Tak sabar-sabar nak memberi hadiah kepada guru tersayang. Ye ke sayang?
Apa-apa pun terima kasih sayang..
Walaupun ada hadiah tu..tulis nama guru lain..beri kat guru lain..
Berpaling tadah la tu..
Tahun 1 yang pertama kali menyambut Hari Guru..
Ehem..Ehem..Murid yang paling banyak menghafaz di SKKM..No. 2 bawah Us. Sahal
Pasukan kompang sekolah yang tidak dilatih oleh Guru Sekolah. Tetapi dilatih oleh Guru Import yang sangat best..Iaitu Guard SKKM sendiri
Sempat bergambar sebelum diarak ke Dewan Wawasan. Our GB yang best dan sangat sporting..!! Selamat Hari Guru..Wahai Guru
Suasana di dalam Dewan Wawasan. Padat, panas dan merimaskan. Tapi tetap ceria.
Tangan ditadah mengaminkan doa. Semoga perjuangan Guru terus diingati dan dihargai.
Guru-guru SKKM yang berkesempatan berada diatas pentas menyanyikan bersama-sama lagu Guru Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini