derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Wednesday, 22 May 2013

Majlis Persaraan Puan Rozita

17 Mei 2013 - Majlis Persaraan Puan Rozita Bt ABd Razak
Penolong Kanan Pentadbiran SKKM

Seawal jam 7:00 pagi, Dataran Kemerdekaan SKKM telah mula dipenuhi dengan warga dan anak didik SKKM. Ini kerana hari ini adalah hari terakhir tugasan seorang guru, seorang pendidik, seorang pentadbir yang sangat disegani di SKKM iaitu Puan Rozita Bt Abd Razak akan menamatkan tugasannya pada hari ini.
Beliau akan bersara wajib pada tarikh 17 Mei ini sehari selepas sambutan Hari Guru diadakan.

Tiada kata untuk digambar tentang segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan. Hanya ucapan jutaan terima kasih dan rasa sedih mengiringi perpisahan beliau.

Hanya gambar yang mampu berbicara..


Persembahan murid untuk guru mereka yang disayangi di Dataran Kemerdekaan SKKM.
Barisan para Pengawas bersiap sedia menyambuat ketibaan Puan Rozita ke Dewan Wawasan. 
Diatas pentas, guru tersayang diraikan. 

Ucapan wakil PPD Kuala Langat, Tuan Haji Saifol Adli. 
Tidak melepaskan peluang, merakam saat dan detik akhir pertemuan yang bila akan bertemu kembali.
Memotong kek antara acara kemuncak di Dewan Wawasan 
Barisan para Guru Besar sekitar Daerah Kuala Langat yang tururt hadir memeriahkan majlis.
Antara gambaran kesedihan anak murid yang sempat ditangkap. 
Permohonan maaf atas salah silap yang mungkin pernah dilalukukan dan ucapan perpisahan.
 Ucapan dan kata semangat akhir.
 Hanya gambar yang menjadi kenangan.

Hari, saat dan detik akhir di pejabat. Bersedia untuk meninggalkan tugasan yang menggunung selama ini.
Punch Card terakhir pada 17 Mei 2013, Hari Jumaat jam 12:00 tengahari sambil disaksikan Guru Besar Tuan Haji Shaffei Bin Mohamad.
Ratusan anak murid telah sedia menunggu untuk memberikan lambaian akhir, tanda perpisahan.

Selamat Tinggal Cikgu..
Selamat Bersara Puan Rozita..
Segala Jasa Baik dan Budi Mu akan dikenang selamanya...









Dari kami warga Pendidik SKKM 2013

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini