derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Thursday, 27 June 2013

MAKLUMAN-MAKLUMAN

Assalammualaikum,

Pembaca, guru-guru, murid dan penjaga yang dihormati,

MAKLUMAN PERTAMA
Untuk makluman pembaca sekalian, senarai nama murid SKKM 2013 yang terkini telah diupdatekan, anda boleh mendapatkan senarai tersebut dengan mengklik pilihan Murid SKKM 2013 untuk rujukan dan tindakan anda.

MAKLUMAN KEDUA
Begitu juga, gambar guru-guru SKKM 2013 yang terkini juga telah diupdate di bahagian Gambar Guru SKKM 2013, cuma terdapat beberapa orang Guru yang masih belum sempat dikemas kini. Harap maaf, dan gambar anda akan diuploadkan tidak lama lagi. Jadi make up la cantik-cantik sikit.

MAKLUMAN KETIGA
Bagi guru dan murid yang ingn mendapatkan koleksi gambar semasa UNICAMP di Kem El Azhar 2013 baru-baru ini, sila dapatkan daripada Admin ( Us Azwan ) dengan harga RM4 sahaja ( CD ). Dan setiap pembelian, RM1 akan disumbangkan untuk Tabung Bilik Tayang SKKM

Sekian. Wassalam.

Tuesday, 25 June 2013

Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) JEREBU

Untuk mengetahui Indeks terkini pencemaran udara di kawasan anda, sila klik link dibawah. gambar. Update dilakukan setiap 5 jam sekali.




UNICAMP SKKM 2013

Pada 22 dan 23 Jun 2013, Sabtu dan Ahad baru-baru, pihak sekolah telah mengadakan UNICAMP, iaitu gabungan daripada pelbagai Badan Unit Beruniform, telah mengadakan perkhemahan di El Azhar Camp, Morib, Banting.

Ok..Nak cerita banyak..Masih keletihan badan dan kepenatan minda. Tataplah gambar-gambar yang ada. Dan kalau nak dapatkan versi penuh, sila hubungi Ustaz Azwan la yea..Tak mahal pun..RM4 je satu CD.. Boleh dijadikan kenanga manis seumur hidup.

Taklimat dan pendaftaran di Balai Serbaguna SKKM

Ketika sampai ditapak perkhemahan El Azhar

Taklimat di tapak kem terebih dahulu.

Makan tengahari. Ayam goreng masak merah. Sedap..!! Tapi pedas..

Erkhh..( sendawa )..Bismillah...( Baru nak baca..)

Ice Breaking..Atau Pecah Bendungan

Memasang khemah..

Tadaa..Dah siap dah khemah kami

Pemandangan tapak perkhemahan, ditengah pulau kecil


Aktiviti mini sukan pada sebelah petang

Apa yang penting...Kerjasama..

Solat jangan dilupakan

Makan BBQ..lagi la tak boleh dilupakan..

Persembahan Malam Kebudayaan

Persembahan Ulik Mayang Di Ulik..Cayalah..Menang!! Jurulatih On The Spot tu..

Pendatang Asing tanpa izin yang sempat dirakam

Dah macam pengganas di Lahad Datu, Sabah

Eee..Busuk..Geli..

Ni bukan seekor kerbau masuk lumpur..Ni satu kandang

Mandi paya diawal pagi...Eloknya sunat je lepas tu

Untuk melihat gambar-gambar yang lain..Sila hubungi Ustaz Azwan..

Jerebu Di SKKM

Jerebu di Padang SKKM
Jerebu di SKKM pada 25 Jun 2013. Gambar diambil jam 7:25 pagi. Sukar untuk bernafas. Tapi kenapa tiada arahan untuk bercuti?
Matahari pun dah macam bulan

Kehadiran murid di SKKM pada 25 Jun 2013. Nampaknya SKKM dah jadi Sekolah Kita Kurang Murid.
Putih..Itu yang dapat dilihat jarak dari Balai Serbaguna. Tak sampai 100 meter jarak penglihatan.
Ni catat kehadiran ke catat tempahan kuih..Ehem..Ehem..
Guru Besar SKKM, Cikgu Shaffei meninjau sambil memikirkan apa yang nak dibuat dengan murid-murid SKKM ni.







Friday, 21 June 2013

Maklumat Tentang SKKM Anda

Pembaca yang dihormati sekalian

Laman SKKM kini pesat dalam proses penambah baikkan..Layarilah selalu..Pelbagai maklumat, info dan bahan terkini sedang dikemas kini setiap masa..

Selamat Membaca

Saturday, 15 June 2013

Temasya Sukan Pra Sekolah SKKM


15 Jun 2013, Padang Sekolah SKKM

Hari ini telah berlansungnya satu Temasya Sukan Pra Sekolah buat kali yang ke 4 tahun 2013. Sukan yang dianjurkan dan dibawah seliaan Pra Sekolah Kg Medan telah bermula dengan rasmi dan meriahnya pada jam 8:00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pengersui majlis, bacaan doa dan seterusnya perasmian oleh Ybhg. Dato' Nordin Bin Haji Selamat, NYDP PIBG SK Kg Medan.

Rumah sukan yang terlibat pada kali ini ialah rumah Biru, Kuning, Hijau, Biru dan Ungu. Melibatkan jumlah peserta seramai 100 orang murid Pra Sekolah yang kian bertambah saban tahun.

Antara acara dan aktiviti sukan yang diadakan ialah pada permulaan Majlis, bacaan ikrar oleh adik Nur Qistina Bt Mohd Hilmeya, Senamrobik, Acara Sukan dan Sukaneka.



YBHG. Dato' Nordin sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Sukan Pra Sekolah SKKM. Bersemangat dan terus membantu.
Gimik perasmian dengan melepaskan belon ke udara oleh YBHG Dato Nordin
Bacaan ikrar oleh adik Qistina. Tahniah..Lantang dan lancar. Tahniah juga kepada guru yang melatih.!
Antara acara sukan yang dipertandingkan. Lari berganti-ganti
Penuh bersemangat tanpa mengenal penat lelah.
Guru-guru sedia dan setia menanti dan melatih anak-anak yang panik, teruja dan terpinga-pinga pun ada. Apasal ramai sangat orang ni..?
Drift..jangan tak drift..
Sila ambik perhatian murid ini untuk dibawa dalam sukan lompat jauh dan lompat tinggi. Ada potensi..Cepat gilapkan bakatnya.
Merangkak..Mengelecek..Melompat..Macam-macam kena buat.

Serasi bersama. Sukan untuk ibu bapa. Sepatutnya lebih mesra dan romantik..Baru betul-betul serasi
Sukan untuk pegawai. Boleh tahan jugak. Tapi satu acara je..Buatlah lebih sikit.Terjun bangunan ker..Tawaf padang ker..