derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Saturday, 15 June 2013

Temasya Sukan Pra Sekolah SKKM


15 Jun 2013, Padang Sekolah SKKM

Hari ini telah berlansungnya satu Temasya Sukan Pra Sekolah buat kali yang ke 4 tahun 2013. Sukan yang dianjurkan dan dibawah seliaan Pra Sekolah Kg Medan telah bermula dengan rasmi dan meriahnya pada jam 8:00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan pengersui majlis, bacaan doa dan seterusnya perasmian oleh Ybhg. Dato' Nordin Bin Haji Selamat, NYDP PIBG SK Kg Medan.

Rumah sukan yang terlibat pada kali ini ialah rumah Biru, Kuning, Hijau, Biru dan Ungu. Melibatkan jumlah peserta seramai 100 orang murid Pra Sekolah yang kian bertambah saban tahun.

Antara acara dan aktiviti sukan yang diadakan ialah pada permulaan Majlis, bacaan ikrar oleh adik Nur Qistina Bt Mohd Hilmeya, Senamrobik, Acara Sukan dan Sukaneka.



YBHG. Dato' Nordin sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Sukan Pra Sekolah SKKM. Bersemangat dan terus membantu.
Gimik perasmian dengan melepaskan belon ke udara oleh YBHG Dato Nordin
Bacaan ikrar oleh adik Qistina. Tahniah..Lantang dan lancar. Tahniah juga kepada guru yang melatih.!
Antara acara sukan yang dipertandingkan. Lari berganti-ganti
Penuh bersemangat tanpa mengenal penat lelah.
Guru-guru sedia dan setia menanti dan melatih anak-anak yang panik, teruja dan terpinga-pinga pun ada. Apasal ramai sangat orang ni..?
Drift..jangan tak drift..
Sila ambik perhatian murid ini untuk dibawa dalam sukan lompat jauh dan lompat tinggi. Ada potensi..Cepat gilapkan bakatnya.
Merangkak..Mengelecek..Melompat..Macam-macam kena buat.

Serasi bersama. Sukan untuk ibu bapa. Sepatutnya lebih mesra dan romantik..Baru betul-betul serasi
Sukan untuk pegawai. Boleh tahan jugak. Tapi satu acara je..Buatlah lebih sikit.Terjun bangunan ker..Tawaf padang ker..







1 comment:

  1. Terima kasih kepada semua AJK perlaksana yg bekerjasama menjayakan Temasya Sukan Prasekolah kalai ke 4 ini... semoga program ini dapat diteruskan dimasa akan datang bagi mencungkil bakat murid dalam sukan daripada peringkat prasekolah lg..

    ReplyDelete

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini