derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 29 July 2013

Hidup atau Mati Kita 10 Malam Terakhir

Hari ini Ramadhan ke 20..
Pemburuan 10 Malam terakhir sepatutnya semakin rancak, hebat dan dahsyat..
Tapi adakah kita sebaliknya..??
Masih lagi ditakuk lama..
Denga Perangai lama..?
Dengan Tabiat sama..?
atau Aktiviti serupa..?

 
Jika Ya..
Rugilah kita serugi-ruginya..
Sebab ia datang hanya setahun sekali..
Dan belum tentu kita mendapatnya kembali jika diberi usia 1000 tahun lagi..

Bayangkan dengan usia kita hanya 10 tahun..seolah-oleh beribadah 830 tahun..
Jika 20 tahun..seolah-olah beribadah selama 1660 tahun..
Jika 30 tahun..seolah-olah beribadah selama 2490 tahun..

Bagaimana dengan anda?




Tuesday, 23 July 2013

Gambar Guru

Assalammualaikum

Makluman buat semua guru-guru SKKM..Gambar anda yang terkini telah diuploadkan ke laman ini. Untuk melihat dan mendapatkannya. Sila klik Gambar Guru SKKM 2013. Maaf.. Jika anda yang tertinggal atau tersalah nama. Akan diperbetulkan nanti.

Sekian.

Saturday, 13 July 2013

aLHAMDULILLAH...

Alhamdulillah..
Terima Kasih kepada warga SKKM, terutamanya kepada murid-murid yang sangat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu kempen bagi menaik taraf Bilik-Bilik Khas terutamanya Bilik Tayang.

Setakat ini jumlah yang terkumpul ialah sebanyak RM356.95.. 
( 17 Julai 2013 )

Dan jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM5000.00 untuk fasa pertama!!

Semoga usaha ini berjaya dan diterima Allah dan segala ganjaran dan pahala yang diterima dibalas sebaiknya-baiknya di sisi ALLAH!!!



Antara murid yang membantu dan menolong..Semoga terus bersemangat untuk membantu.!!!

Monday, 8 July 2013

6 Dalam 1

8 Julai 2013, Dataran SKKM

Perhimpunan pagi di Dataran Kemerdekaan SKKM pada pagi ini teah menyaksikan 4 majlis   ( pelancaran ) telah diadakan serentak. Antara pelancaran tersebut ialah :


Pertama
Pelancaran program FRog VLE peringkat sekolah. Frog VLE iaitu ( Virtual Learning Enviroment ), iaitu satu sistem pembelajara dunia maya yang melibatkan pihal sekolah, guru, murid dan juga ibu bapa. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, pada masa akan datang sistem pembelajaran adalah lebih kepada secara online yang boleh dilakukan dimana sahaja, pada bila-bila masa dengan adanya capaian internet.

Kedua:
Pelancaran Bulan Pusat Sumber SKKM. Iaitu pelancaran secara rasmi aktiviti berkaitan pusat sumber antaranya kuiz, info hunt, pengunjung bertuah, pertandingan menulis skrip kartun, peminjam teranyak, program pengampunan PSS dan tulisan cantik.




Ketiga;
Pelancaran Tabung kutipan derma AMAN Palestin. Tabung AMAN Palestin akan digerakkan pada setiap hari Jumaat.

Keempat
Pelancaran Tabung Derman Bilik-Bilik Khas bagi mengutip sumbangan dan derma khusunya dari warga SKKM bagi melengkapkan lagi sebarang kemudahan yang terdapat di bilik-bilik khas SKKM terutamanya melibatkan Bilik Tayang SKKM. Pelancaran dan program derma akan berjalan selama 3 tahun bermula Julai 2013 sehingga Julai 2015.


Antara aktiviti yang akan diadakan kelak ialah kutipan sumbangan bulanan daripada warga SKKM sendiri, Jualan Amal, Sumbangan daripada ibu bapa dan penjaga di SKKM serta sumbangan dari syarikat-syarikat dan Jabatan Kerajaan.





Kelima
Penyampaian hadiah dan medal kepada kelas-kelas yang telah menjadi Juara dan Naib Juara dalam pertandingan sukan yang diadakan baru-baru ini meibatkan sukan bole sepak dan juga bola baling. Majlis dipengerusikan oleh En Fakhruddin Bin Baharum




Keenam
Tazkirah Pra Ramadhan yang disampaikan oleh A.F Us Sahal Bin Alias. Tazkirah banyak menyentuh tentang persediaan yang perlukan dilakukan oleh fizikal dan minda dalam mempersiapkan diri menempuh bulan Ramadhan yang akan tiba pada hari Rabu ini.

Wednesday, 3 July 2013

Majlis Penyerahan Wakaf Al Quran



3 Julai 2013, 24 Syaaban 1434 H, Masjid Negeri Shah Alam

Satu Majlis Penyerahan Wakaf Al Quran telah diadakan yang dibuat diruang legar bawah Masjid Negeri Shah Alam. Majlis yang dikataan bermula seawal jam 9:00 pagi, telah bermula agak lewat sekitar jam 10:20 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah bersama penceramah terkenal iaitu Us Don.

Majlis Penyerahan Wakaf Al Quran ini dikatakan melibatkan sejumlah besar sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Selangor. Setiap sekolah dikatakan akan menerima Al Quran wakaf sebanyak 30 unit setiap sekolah.

******************************************************

Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan ditengahari,
Ku sangka Us Don yang datang,
Rupanya penceramah yang tak dikenali
Kesalnyaaaa hati..( ikut lirik Apa Dah Jadi..SM Salem )