derma

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR.

Monday, 8 July 2013

6 Dalam 1

8 Julai 2013, Dataran SKKM

Perhimpunan pagi di Dataran Kemerdekaan SKKM pada pagi ini teah menyaksikan 4 majlis   ( pelancaran ) telah diadakan serentak. Antara pelancaran tersebut ialah :


Pertama
Pelancaran program FRog VLE peringkat sekolah. Frog VLE iaitu ( Virtual Learning Enviroment ), iaitu satu sistem pembelajara dunia maya yang melibatkan pihal sekolah, guru, murid dan juga ibu bapa. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, pada masa akan datang sistem pembelajaran adalah lebih kepada secara online yang boleh dilakukan dimana sahaja, pada bila-bila masa dengan adanya capaian internet.

Kedua:
Pelancaran Bulan Pusat Sumber SKKM. Iaitu pelancaran secara rasmi aktiviti berkaitan pusat sumber antaranya kuiz, info hunt, pengunjung bertuah, pertandingan menulis skrip kartun, peminjam teranyak, program pengampunan PSS dan tulisan cantik.




Ketiga;
Pelancaran Tabung kutipan derma AMAN Palestin. Tabung AMAN Palestin akan digerakkan pada setiap hari Jumaat.

Keempat
Pelancaran Tabung Derman Bilik-Bilik Khas bagi mengutip sumbangan dan derma khusunya dari warga SKKM bagi melengkapkan lagi sebarang kemudahan yang terdapat di bilik-bilik khas SKKM terutamanya melibatkan Bilik Tayang SKKM. Pelancaran dan program derma akan berjalan selama 3 tahun bermula Julai 2013 sehingga Julai 2015.


Antara aktiviti yang akan diadakan kelak ialah kutipan sumbangan bulanan daripada warga SKKM sendiri, Jualan Amal, Sumbangan daripada ibu bapa dan penjaga di SKKM serta sumbangan dari syarikat-syarikat dan Jabatan Kerajaan.





Kelima
Penyampaian hadiah dan medal kepada kelas-kelas yang telah menjadi Juara dan Naib Juara dalam pertandingan sukan yang diadakan baru-baru ini meibatkan sukan bole sepak dan juga bola baling. Majlis dipengerusikan oleh En Fakhruddin Bin Baharum




Keenam
Tazkirah Pra Ramadhan yang disampaikan oleh A.F Us Sahal Bin Alias. Tazkirah banyak menyentuh tentang persediaan yang perlukan dilakukan oleh fizikal dan minda dalam mempersiapkan diri menempuh bulan Ramadhan yang akan tiba pada hari Rabu ini.

No comments:

Post a Comment

Sila Berikan Cadangan Dan Komen Membina Anda Di Sini